Pengeluaran KWSP bukan ‘bantuan’ kerajaan

Kenyataan Media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan 
23hb Mac 2020, 3.00pm 

Rakyat Malaysia telah dimaklumkan mengenai “bantuan” ekonomi yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media pada jam 1 tengahari tadi. 

Bagi kebanyakan rakyat yang disebut Tan Sri Muhyiddin seperti “peniaga-peniaga kecil terpaksa tutup kedai, pemandu teksi dan Grab kehilangan pelanggan, pekerja bergaji harian tidak menerima gaji”, sebenarnya tiada apa bantuan yang jelas telah diperuntukkan kepada mereka dalam pengumuman ini. 

Mereka yang dibenarkan mengeluar simpanan KWSP sendiri harus menyedari bahawa sebenarnya ini bukan bantuan tetapi adalah diambil dari simpanan hari tua hasil tabungan sendiri. 

Bagi Pakatan Harapan, dalam keadaan yang semakin meruncing dan begitu mencabar ini, sebagai langkah pertama kami mencadangkan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) diberikan peruntukan kecemasan RM1,000 untuk bulan Mac dan RM1,000 untuk bulan April. Kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM8.2 billion. Cara ini adalah pendekatan yang paling cepat untuk membantu mereka yang paling terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan. 

Pakatan Harapan menerima baik kenyataan Tan Sri Muhyiddin untuk menangani cabaran terkini tanpa mengira fahaman politik. Peruntukan untuk kerajaan-kerajaan negeri tanpa mengira parti adalah dialu-alukan. 

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM30,000 dan Kerajaan Negeri Johor RM20,000 kepada ADUN-ADUN di negeri masing masing tanpa mengira parti untuk tujuan mitigasi Covid-19. Kami mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memperuntukkan peruntukan kawasan parlimen tanpa mengira parti supaya rakyat dapat beroleh manfaat daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang mereka pilih secara demokratik.

DS Saifuddin Nasution
Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN)

Khalid Samad
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik
(DAP)

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi