
Ucapan Perbahasan Usul Junjung Kasih Titah Diraja – Bahagian 2, Kesesakan Penjara
- 9 September 2020
- Keselamatan, Negara

Pada 7 September 2020, Ketua Pengarah Kesihatan melaporkan terdapat 50 kes baharu positif COVID-19 yang dikesan dalam Kluster Benteng Lahad Datu, Sabah. Jumlah keseluruhan kes dalam kluster ini adalah 66 kes. Keadaan ini berpunca daripada ruang lokap yang sempit dan sesak serta penjarakan fizikal juga sukar diamalkan.
Isu ini telah pun saya utarakan dalam satu rencana pada April 16 yang lalu. Dalam rencana tersebut, saya telah menekankan keperluan untuk memikirkan semula pendekatan kita, dan pesanan saya kepada YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini merupakan Menteri Dalam Negeri
Pada 23 Disember 2019, saya telah menghantar kepada beliau satu pesanan ringkas berkenaan maklum balas daripada pegawai penjara. Terdapat hampir 74,000 banduan tetapi kapasiti maksimum untuk semua penjara kita ialah 52,850. Bilangan ini merupakan lebihan sebanyak 33% berbanding kapasiti maksimum. Hampir 70% daripada bilangan ini merupakan banduan yang disabit kesalahan pengunaan dadah.
Ketika itu, Tan Sri Muhyiddin turut memberitahu saya bahawa terdapat satu jawatankuasa di KDN untuk mencari kaedah untuk mengurangkan banduan. Antara cadangan yang dipertimbangkan ialah decriminalization ataupun penyahjenayahan penggunaan dadah. Akan tetapi, saya berasa tiada kesungguhan politik untuk mempertimbangkan cadangan ini secara serius. Saya berharap kita dapat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Lahad Datu baru-baru ini dan di lokap.
Sebelum COVID-19 lagi, sudah ada kebimbangan kesihatan kerana ada wabak tuberculosis di penjara. Saya berharap keadaan ini menjadi satu pendorong untuk kerajaan memandang semula cadangan penyahjenayahan penggunaan dadah untuk mengurangkan kesesakan di penjara.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 24 Feb 2023·
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!