Penubuhan pesukan peguam DAP Johor yang diketuai oleh Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong

Kenyataan Media Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor, pada 19 Mac 2021

Keputusan pihak kerajaan untuk meningkatkan kompaun secara melampau sehingga RM10,000 terhadap individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) adalah suatu keputusan yang tidak masuk akal. Ramai rakyat biasa telah dikenakan kompaun secara tidak adil, malah ada yang diberi saman di atas sebab-sebab yang tidak munasabah. DAP tidak setuju dengan kenaikan kompaun sebegini terutamanya semasa rakyat menderita akibat kemelesetan ekonomi dan penularan wabak Covid-19.

Sehubungan itu, DAP menerajui usaha membela nasib rakyat pada waktu yang mencabar ini dengan menawarkan bantuan peguam percuma kepada mereka yang telah dikenakan kompaun RM10,000 secara tidak adil. Saya ingin mengumumkan penubuhan pasukan peguam DAP Johor yang diketuai oleh Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong, yang juga merupakan seorang peguam. Rakyat yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pasukan kami di 017-2552063, dap.biroundangundang@gmail.com ataupun mengisi butiran anda di https://tinyurl.com/AduanKompaunDAP.

Kerajaan sepatutnya mendidik masyarakat untuk bekerjasama bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan bukannya menghukum sahaja terhadap mereka yang melanggar PKP, terutamanya mereka yang melakukannya secara tidak sengaja.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi