Pasport Vaksin antara Malaysia dan Singapura Kepentingan Utama

Kenyataan Media Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pada 23 Mac 2021

Dilaporkan bahawa kerajaan Malaysia akan berbincang dengan Menteri Luar Negeri Singapura, Dr. Vivian Balakrisnan yang mengadakan lawatan ke Malaysia hari ini, mengenai kemungkinan adanya persetujuan bersama mengenai dokumen vaksinasi atau memiliki ‘pasport vaksin’ yang dikeluarkan oleh kedua-dua buah negara.

Aliran keluar-masuk rakyat Malaysia-Singapura di sempadan adalah keutamaan utama dalam membangunkan ekonomi Johor. Ramai rakyat Johor dan Malaysia di negeri-negeri telah melakukan perjalanan untuk bekerja di Singapura sebelum sempadan ditutup. Terdapat ramai keluarga telah hidup berjauhan lebih setahun. Perniagaan di kawasan Johor Bahru juga bergantung kepada kehadiran pelawat dari Singapura.

Dianggarkan untuk beberapa bulan akan datang, jumlah mereka yang menerima vaksin di kedua-dua buah negara akan bertambah. Perancangan untuk membuka semula sempadan harus dilakukan segera dan segala keputusan perlu dimaklumkan kepada ratusan ribu orang yang terperangkap agar mereka mengetahui tindakan lanjut yang akan diambil seterusnya, termasuk peniaga di kedua-dua belah negara agar mereka boleh melakukan persediaan lebih awal.

Saya menggesa kerajaan Malaysia dan Singapura mengadakan perbincangan mengenai pasport vaksin dan pembukaan semula sempadan sebagai agenda utama dalam pertemuan hari ini.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi