


Baru-baru ini, Sdri Gan Peck Cheng bercerita dengan kami bahawa jawatankuasa parti negeri yang bakal dipilih pada konvensyen kali ini adalah Jawatankuasa DAP Negeri Johor yang ke-20. DAP Johor telah melalui turun naik politik yang mencabar sejak lebih 50 tahun yang lalu dan kami yakin ia akan terus berkembang di bawah kepimpinan yang kuat, walaupun dalam keadaan yang genting sekarang.
Memang benar, bukan mudah untuk bergerak selepas pemilihan parti negeri pada tahun 2018. Sehubungan itu, kami melihat pemilihan parti kali ini sebagai peluang bagi kita semua untuk membincangkan perancangan dan hala tuju yang jelas bagi parti, serta memilih barisan kepimpinan yang tepat untuk menyatukan DAP Johor demi kejayaan masa depan. Dengan itu juga, kami – saya Liew Chin Tong dan rakan seperjuangan saya Teo Nie Ching – dengan rasa rendah diri, memohon agar perwakilan memberi peluang kepada pasukan kami pada 2 Mei 2021 untuk memimpin DAP Johor, para penyokong DAP Johor, dan seluruh rakyat Johor bagi tempoh tiga tahun akan datang bila mana kita mempersiapkan diri menghadapi menuju pilihan raya umum akan datang.
Kita perlu menyedari peranan DAP Johor dalam landskap politik negeri Johor dan politik Malaysia. Setelah melihat kemampuan para pemimpin dan akar umbi DAP Johor, kami beriltizam untuk menggilap potensi yang ada. Walau apa pun rintangan, DAP Johor akan mempelopori satu gerakan nasional untuk menjadikan negara ini lebih baik dan kukuh.
Pemilihan Jawatankuasa Negeri DAP Johor akan memberi kesan besar di peringkat nasional:
?. Memenangi ????? akan membawa kepada kemenangan ????????
Pakatan Harapan telah memenangi 98 daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung pada PRU14. Johor sahaja telah menyumbang 18 kerusi. Negeri Johor akan menjadi medan tempur yang penting buat PH dalam PRU akan datang jika kita mahu membentuk kerajaan persekutuan. PH juga menang 36 daripada 56 kerusi Dewan Negeri di Johor. Menyedari pentingnya peranan Johor dalam senario politik negara, kepimpinan DAP Johor hor akan memberi kesan di peringkat nasional.
?. ????? ????????? ????????? ??? ?? ????????? ????????
Berdasarkan geografinya, Johor adalah sebuah negeri yang besar dengan nisbah penduduk yang seimbang mengikut umur. Ia meliputi bandar metropolitan Johor Bahru tetapi turut dibentuk oleh pekan-pekan kecil di bahagian tengah dan utara Johor yang didokong oleh sektor pertanian dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Disebabkan hampir semua kawasan yang ditandingi DAP di Johor merupakan kawasan campuran pelbagai kaum, amat penting untuk tidak melakukan “outsourcing” kepada sekutu kita, sebaliknya kita sendiri mendekati pengundi daripada pelbagai kumpulan etnik. DAP Johor mempunyai ramai pemimpin berbakat yang kami yakin mampu menjadi pencetus perubahan DAP untuk menyesuaikan diri dengan senario politik semasa.
Di bawah kepimpinan kami, DAP Johor bercita-cita untuk mencapai lima matlamat ini:
???????, ??????? ????? ????? ?????
Kita tidak mahu mengikut sahaja. Meskipun ramai yang kecewa dengan situasi hari ini, kami percaya tidak mustahil keadaan boleh berubah. Pada PRU14, rakyat mengundi untuk menumbangkan dominasi satu parti, dan pada PRU15 kita akan menempuh satu keadaan yang tidak pernah berlaku, iaitu senario “Three Kingdoms” yang akan melibatkan tiga entiti politik yang besar. Ketakutan rakyat sudah dilenturkan, namun mereka memerlukan kepimpinan politik yang boleh mereka yakini. Untuk menang, DAP memerlukan kebijaksanaan, strategi, keberanian luar biasa, dan komitmen seluruh parti.
DAP tidak boleh melangkah sendirian dalam perjuangan ini dengan hanya membuat persiapan untuk kerusi sendiri sahaja. DAP perlu sedia berkempen bersama rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang sehaluan. Matlamat PRU15 bukan lagi sekadar sasaran lama untuk mempertahankan kerusi yang sedia ada tetapi kita perlu meluaskkan garis sempadan dan menubuhkan kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan.
Jika perwakilan DAP memberikan mandat kepada kami, kita akan membentuk pasukan pemerkasaan yang dianggotai oleh 10 orang ahli untuk melakukan jelajah di 14 kerusi DUN milik DAP dan 20 kawasan perlu-menang Pakatan Harapan dan rakan-rakan di bawah “khemah besar” kita. Pasukan ini akan menjalankan latihan untuk memperkasakan pemimpin tempatan serta akar umbi DAP dan sekutu kita, meliputi topik seperti pembentukan pasukan kempen pilihan raya, PACA, publisiti dan strategi media sosial.
Berbeza dengan dua PRU sebelum ini di mana pasukan tempatan bergantung kepada jentera negeri dan nasional (seperti lori Ubah), kini kita tahu bahawa kita mempunyai ramai kader parti yang akan memimpin kempen di peringkat tempatan pada PRU15 nanti.
Justeru, peranan Ibu Pejabat DAP Negeri adalah : (i) Merangka strategi keseluruhan, (ii) Memperkasa dan memperkukuh mekanisme kempen tempatan, (iii) Memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan utama yang akan menentukan sama ada kita akan berjaya memenangi PRU. Dengan kata lain, peranan Ibu Pejabat Negeri adalah untuk memudah cara model kempen yang boleh menjadi acuan untuk dicontohi dan diperluaskan di pelbagai lokasi.
?????, ???????? ????? ?????????
PRU15 akan menyaksikan persaingan antara tiga kerajaan – PH, PN dan BN. Kali ini , DAP tidak lagi masuk bertanding sebagai parti pembangkang, tetapi sebagai parti yang mempunyai pengalaman mentadbir, sebagai ‘kerajaan menanti’ (government-in-waiting). Lebih penting lagi, kita sudah bersedia untuk melaksanakan idea-idea pemerintahan kita selepas menguasai kerajaan nanti.
- Jawatankuasa Negeri DAP akan menimbang untuk melantik ahli majlis bayangan dan ketua kampung bayangan di kawasan-kawasan aktif milik kita yang tidak kontroversi, bagi memperkasakan pemimpin tempatan a untuk menjadi sebahagian daripada “kerajaan menanti” dengan memberi khidmat kepada masyarakat setempat dan membuat persiapan untuk PRU15.
- Pembangunan komuniti adalah salah satu ciri utama yang dimulakan oleh DAP Johor, dan sehubungan itu Jawatankuasa DAP Negeri Johor akan terus menyokong dan memperkukuhkan projek pembangunan komuniti dan kawasan tempatan.
- Johor tidak boleh kekal sebagai kawasan ekonomi ‘belakang rumah’ yang hanya mengeksport tenaga kerja ke Singapura. Jawatankuasa DAP Negeri Johor harus menumpukan usaha untuk berdialog dengan PKS, peniaga kecil, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan setiap lapisan rakyat Johor untuk membentuk dasar ekonomi masa hadapan. Bidang tumpuan lain termasuk alam sekitar, iklim, dan pengangkutan. Kita juga akan menubuhkan badan pemikir dasar Johor untuk membuat persiapan jangka panjang bagi urusan pentadbiran.
- Semasa tempoh pentadbiran PH, pihak DAP berupaya memupuk bakat kepimpinan ramai ahli majlis dan ketua kampung. Hal ini membuatkan para pengundi menaruh harapan yang lebih tinggi terhadap wakil rakyat mereka. Oleh kerana perkhidmatan kawasan dapat diuruskan oleh ahli-ahli majlis atau ketua-ketua kampung, Ahli Parlimen dan ADUN perlu meluaskan skop tugas mereka. Jawatankuasa DAP Negeri Johor akan meminta wakil-wakil rakyat ini menumpukan usaha sepenuhnya terhadap inisiatif dasar, memimpin usaha pembangunan komuniti setempat, berlibat urus dengan warga daripada semua lapisan masyarakat, dan bekerjasama untuk merancang dasar dan pembangunan tempatan yang dapat kita laksanakan setelah membentuk kerajaan.
??????, ??? ??????? ????? ???????? ????
Selain daripada kawasan Pantai Timur, kebanyakan kawasan pilihan raya Johor adalah kerusi pengundi campuran. Pada PRU15 nanti, calon-calon DAP tidak lagi menjadi satu-satunya pencabar MCA kerana Bersatu dan UMNO juga mungkin meletakkan calon di kebanyakan kerusi tradisi MCA.
Kita mesti mengatur gerak dan melahirkan lebih ramai pemimpin pelbagai kaum. Tujuan kita adalah supaya pada masa hadapan, setiap pasukan kempen tempatan DAP akan mempunyai anggota daripada semua kaum untuk mengurus publisiti, program turun padang dan kerja PACA, tanpa perlu “outsource” kepada pihak lain.
Ini bukannya sesuatu yang mudah untuk dicapai, dan ia memerlukan kesepakatan dalam parti. Kita perlu sanggup melawan arus.
???????, ??????? ????? ??? ???????????? – ???????? ????? ?????? ?????? ????? ???? ?????
DAP Johor berkembang daripada 87 cawangan pada tahun 2018 kepada 210 cawangan pada tahun 2021. Kita telah mengalami pertumbuhan yang pesat, seumpama kedai runcit menjadi pasar raya besar. Sekarang kita mesti menggunakan skala dan pendekatan pengendalian pasar raya besar untuk menjalankan urusan parti.
Kami menerima pandangan ahli tentang kelemahan komunikasi dalam parti. Selepas pemilihan parti negeri, kami akan menjelajah ke seluruh negeri bagi mendengar isi hati setiap pengerusi dan setiausaha cawangan, untuk bersama-sama membincangkan mengenai saluran yang sesuai untuk komunikasi parti.
Jawatankuasa negeri juga akan meneroka cara memperkukuhkan komunikasi dengan 20,000 anggota parti di seluruh negeri dengan berkesan. Kami akan mengkaji untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih DAP untuk ahli parti berinteraksi dengan ibu pejabat Negeri dan Kebangsaan. Sekiranya aplikasi ini berjaya dilaksanakan di Johor, ia mungkin boleh dilancarkan ke seluruh negara.
Dalam mengendalikan urusan parti, Jawatankuasa Negeri akan berlaku adil kepada semua ahli dan tidak akan menggunakan kuasanya untuk menubuhkan cawangan raih undi, iaitu cawangan yang hanya ditubuhkan untuk tujuan mendapatkan undi bagi pemilihan parti.
Jawatankuasa negeri akan melantik seorang pengarah eksekutif sepenuh masa untuk ibu pejabat negeri, memperkukuh jabatan organisasi dan juga akan mengambil pekerja parti sepenuh masa dan jawatan pensyarah sambilan untuk Jabatan Publisiti, Jabatan Pendidikan Politik, dan Jawatankuasa Persiapan Pilihan Raya .
Fungsi utama ibu pejabat negeri adalah untuk menyediakan latihan dan format bahan-bahan publisiti, pendidikan politik, dan model persiapan pilihan raya kepada para pemimpin setempat, serta untuk menyelaras dan menggerakkan sumber-sumber.
Sekiranya DAP Johor berjaya melaksanakan transformasi ” kedai runcit menjadi pasar raya besar”, ini akan membantu pelaksanaan transformasi di seluruh negara.
??????, ??? ??????? ??????? ??????? anak muda ??? ??????
Pengundi Johor khususnya dan pengundi Malaysia di semua i negeri kebanyakannya orang muda, dan ia akan lebih terserlah selepas pelaksanaan Undi18. DAP mesti terus menjadi parti pilihan anak muda semua kaum.
Apabila wanita daripada semua kaum menghadapi cabaran patriarki konservatif dan cauvinisme yang didominasi oleh lelaki, DAP adalah parti pilihan bagi wanita yang bercita-cita untuk melihat masyarakat progresif dengan kesetaraan gender.
????? ????
Malaysia sedang bergelut dengan krisis tiga serangkai – politik, ekonomi dan kesihatan – yang belum pernah terjadi sebelum ini. Gagasan politik lama telah runtuh, termasuklah model dominasi satu parti UMNO. Pada tahun 2018, kita berjaya mencatat sejarah ulung dengan menumpaskan gagasan politik lama. Tahun 2021 bukan masa untuk bersikap sinis atau pesimis. Sekarang tiba saatnya kita bersatu dan membuat susunan baharu yang membolehkan semua rakyat Johor dan rakyat Malaysia menikmati hidup di negara yang stabil dan makmur pada dekad yang akan datang. Ini adalah tanggung jawab DAP kepada negara dan rakyat.
Perjalanan DAP memang tidak pernah lancar tetapi kita tetap berani mara menghadapi rintangan, dan kita berjaya mencapai matlamat walaupun ia dikatakan mustahil sebelum itu.
Dengan itu, kami dengan rasa penuh rendah hati menyeru semua anggota DAP Johor untuk bersatu dan menyertai kami memimpin parti dan rakan-rakan PH serta yang sehaluan dengannya menuju kemenangan pada PRU15 dan kembali mentadbir semula. Kita juga mahu melaksanakan transformasi DAP daripada sebuah kedai runcit menjadi pasar raya besar – yang akan bermula di Johor.
???? ???? ???? dan ??? ??? ?????
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022·
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!