
Saya melihat diri saya sebagai seorang warganegara Malaysia, dan penyertaan saya dalam politik adalah sebagai seorang rakyat Malaysia, dan bukan sebagai pejuang kaum tertentu. Sekiranya orang Cina berfikiran seperti saya, dan harapan saya orang Melayu, India, Kadazan dan Iban juga, yang melihat diri sebagai rakyat Malaysia dahulu, kita mampu untuk melangkaui politik kaum dan mengatasi masalah perkauman.
Sebagai rakyat Malaysia, tumpuan harus diberikan kepada isu-isu sebenar seperti ekonomi, kesihatan, pengangkutan awam dan sebagainya. Hal-hal ini bukan soal kaum kerana kita semua sama-sama memerlukan dasar-dasar yang membawa kesejahteraan dan kemakmuran. Apabila berhadapan dengan kesan dan cabaran akibat wabak Covid-19, semakin jelas kita nampak bahawa kita mengalami tekanan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.
Baru-baru ini, saya telah menyertai satu forum atas talian tentang isu-isu semasa melalui Zoom, dan antara rumusan yang saya bawakan adalah:
MIC”. Akhirnya usaha DAP untuk memperbetulkan persepsi mencapai kejayaannya pada PRU 2008. Ia memberi semangat baharu kepada DAP untuk terus berusaha sehingga berjaya memecahkan persepsi salah tersebut pada PRU 2013 dan 2018. Namun, usaha mengubah persepsi di kalangan masyarakat Melayu sejak 55 tahun lalu mengalami kesukaran akibat kawalan media oleh kerajaan BN serta fitnah perkauman terhadap DAP. Walaupun begitu, DAP tidak pernah putus asa. Kini, melalui pendidikan politik dan ideologi, usaha dan suai kenal dengan pengundi Melayu sedang diusahakan bagi mengubah persepsi salah, iaitu “Melayu perlu menyokong calon Melayu sahaja” dan “Melayu perlu menyokong UMNO atau PAS sahaja”.
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!