

Apabila saya berkenalan dengan Sdr Wan Hamidi Hamid pada tahun 2006, beliau masih seorang wartawan dengan New Straits Times.
Ketika pilihan raya umum (PRU) ke-12, beliau beberapa kali singgah di Bukit Bendera di mana saya bertanding buat julung kali dalam PRU itu, untuk membuat liputan seluruh kempen di Pulau Pinang.
Kami berdua tergamam melihat bendera DAP berkibar di bot-bot apabila melawat sebuah kampung nelayan di Bukit Bendera.
Inilah tanda awal kemenangan bersejarah DAP dan rakan-rakan seperjuangan pada 8 Mac 2008 yang berjaya menawan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Selepas PRU ke-12, beliau menyertai parti dan memainkan peranan penting dalam tempoh hampir dua dekad yang seterusnya. Beliau menjadi ketua pengarang lidah parti The Rocket dan mengasaskan laman web Roketkini untuk mendekati generasi muda melalui platform digital.
Pada pandangan saya, antara sumbangan terbesar Sdr Hamidi kepada parti adalah pengasasan Sekolah Demokrasi yang memperkenalkan ideologi dan perjuangan parti kepada anak muda. Inisiatif ini telah meningkatkan kolam bakat parti dan ramai antara mereka kini menjadi pekerja parti dan wakil rakyat kami.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada Sdr Hamidi kerana sentiasa memberi nasihat dan bimbingan apabila saya berhadapan dengan persimpangan jalan yang penting dalam perjuangan saya.
Kami berdua telah lama berkongsi harapan untuk menerbitkan tulisan mengenai perjuangan Sdr Lim Kit Siang. Akhirnya, beliau menjadi penulis bersama bagi buku terbaru saya yang bertajuk “Lim Kit Siang: Patriot. Leader. Fighter” yang diterbitkan pada tahun 2021 sempena hari jadi ke-80 Sdr Lim Kit Siang.
Terima kasih atas persahabatan sejati dan bimbingan ikhlas sepanjang masa ini, Sdr Hamidi.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022·
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!