

Hari ini kami berkumpul di sini sempena ulang tahun ke-56 DAP, sebuah wadah politik yang didaftarkan pada 18 Mac 1966.
Sepanjang 56 tahun, DAP telah terbukti sebagai sebuah parti yang berprinsip dan berintegriti, sebuah parti yang berjuang untuk rakyat Malaysia, dan sebuah parti yang sentiasa menerima perubahan demi kebaikan semua.
Hari ini kami berdiri di sini, selepas seminggu berakhirnya pilihan raya negeri Johor ke-15 pada 12 Mac 2022, bagi mengulangi iltizam kami untuk terus berkhidmat demi rakyat dan berusaha memimpin Johor.
Kami telah membuktikan bahawa DAP dapat mengekalkan sokongan pengundi walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang berat dalam pilihan raya kali ini.
Sama ada yang kalah atau yang menang, kesemua 14 calon DAP yang bertanding baru-baru ini akan terus berkhidmat dan memberi kepimpinan di semua kawasan yang kami tandingi.
Kami akan memberi khidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik. Kami mewakili semua, tidak kira sama ada mereka mengundi kami atau tidak.
Semua wakil rakyat DAP perlu memberi khidmat dengan penuh integriti, dan sentiasa mengutamakan rakyat.
Wakil-wakil rakyat DAP juga akan menumpukan usaha memberi kepimpinan dan penyelesaian dasar kepada isu dan masalah yang dihadapi rakyat. Kami mahu memastikan kehidupan rakyat Johor akan terus bertambah baik.
Semua wakil rakyat DAP juga akan memantau kerajaan negeri Barisan Nasional bagi memastikan ia menunaikan semua janji dalam manifesto yang ditawarkannya untuk rakyat Johor.
Semoga DAP terus berkembang maju demi kesejahteraan hidup rakyat.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022·
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!