Bersama menjayakan Tawaran Baharu selatan Johor

Kenyataan media bersama bakal ADUN Pakatan Harapan dan MUDA bagi kawasan selatan Johor pada 14 Mac 2022

Kami berterima kasih kepada pengundi kerana telah memilih Pakatan Harapan dan MUDA dalam pilihan raya negeri Johor ini. Sebagai wakil rakyat, kami akan berkhidmat untuk semua Bangsa Johor dan menjaga kepentingan mereka, melangkaui fahaman politik, etnik, dan agama.

Demi membawa perubahan yang lebih baik kepada kehidupan rakyat Johor, kami akan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri sebagai pembangkang yang konstruktif dan melakukan semak dan imbang kepada kerajaan negeri bagi pihak rakyat.

Kami menghargai peranan penting yang dimainkan oleh kerajaan tempatan dalam usaha membangunkan selatan Johor. Terdapat empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di selatan Johor iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang mempunyai pendapatan tahunan bersama hampir RM1 bilion.

Kami akan memberi komitmen untuk bekerjasama dengan PBT di selatan Johor bagi memastikan kemudahan infrastruktur, kualiti hidup, dan kebajikan rakyat dijamin. Usaha bagi memastikan wujudnya hubungan yang erat di antara pihak PBT dan rakyat juga akan menjadi fokus utama kami demi memastikan dasar PBT dapat dilaksanakan dengan baik untuk kepentingan rakyat.

Dalam pilihan raya negeri ini, kami telah mengumumkan tawaran dasar selatan Johor iaitu:

1. Pembukaan semula sempadan Johor-Singapura

2. Pekerjaan, gaji, dan ekosistem perniagaan yang lebih baik

3. Memperluas pengangkutan awam dan perumahan

4. Memperkasakan masyarakat setempat

5. Menambah baik perancangan bandar, pengurusan banjir, dan persekitaran yang lebih bersih

6. Tawaran Baru untuk Johor dari segi hubungan Kerajaan Persekutuan-Negeri

Memandangkan kerajaan persekutuan telah mengumumkan 1 April sebagai tarikh pembukaan semula sempadan, kami ingin cadangkan kepada bakal Menteri Besar Johor untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa dwipartisan bagi membincangkan langkah persediaan awal pembukaan sempadan, termasuk usaha bagi mengatasi kesesakan di Tambak Johor dan Link Kedua dan pembukaan semula ekonomi serta perdagangan rentas sempadan.

Andrew Chen Kah Eng, bakal ADUN Stulang & jurucakap wakil rakyat selatan Johor

Liew Chin Tong, bakal ADUN Perling

Amira Aisya Abd Aziz, bakal ADUN Puteri Wangsa

Liow Cai Tung, bakal ADUN Johor Jaya

Marina Ibrahim, bakal ADUN Skudai

Wong Bor Yang, bakal ADUN Senai

Arthur Chiong Sen Sern, bakal ADUN Bukit Batu

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi