

Pakatan Harapan dan MUDA komited untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan Bangsa Johor tanpa mengambil kira kaum, agama dan latar belakang politik.
Untuk mempertingkatkan keberkesanan Ahli Dewan Negeri Johor Pakatan Harapan dan MUDA serta memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan negeri, kesemua 13 orang ADUN telah ditugaskan untuk menjadi jurucakap membayangi portfolio barisan EXCO kerajaan negeri Johor. Barisan jurucakap ini menunjukkan kesediaan Pakatan Harapan dan MUDA untuk menawarkan alternatif yang lebih berkesan dan inklusif kepada Bangsa Johor.
Berikut adalah senarai jurucakap Pakatan Harapan dan MUDA serta portfolio masing-masing:
1. Liew Chin Tong (Ketua Pembangkang merangkap ADUN Perling) – Jurucakap Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi
2. Datuk Seri Salahuddin Ayub (ADUN Simpang Jeram) – Jurucakap Hasil Bumi, Pertanian, Industri Asas Tani, dan Hal Ehwal Agama Islam
3. Andrew Chen Kah Eng (ADUN Stulang) – Jurucakap Perumahan dan Kerajaan Tempatan
4. Liow Cai Tung (ADUN Johor Jaya) – Jurucakap Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya
5. Amira Aisya Abd Aziz (Puteri Wangsa) – Jurucakap Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
6. Marina Ibrahim (ADUN Skudai) – Jurucakap Belia dan Sukan
7. Gan Peck Cheng (ADUN Penggaram) – Jurucakap Kesihatan dan Perpaduan
8. Chew Chong Sin(ADUN Mengkibol) – Jurucakap Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna
9. Ng Yak Howe (ADUN Bentayan) – Jurucakap Kerja Raya dan Pengangkutan
10. Wong Bor Yang (ADUN Senai) – Jurucakap Penerangan dan Komunikasi
11. Ee Chin Li (ADUN Tangkak) – Jurucakap Kemajuan Luar Bandar dan Infrastruktur
12. Ng Kor Sim (ADUN Jementah) – Jurucakap Pembangunan Usahawan, Koperasi, dan Sumber Manusia
13. Arthur Chiong (ADUN Bukit Batu) – Jurucakap Pendidikan
Adalah dengan penuh harapan bahawa barisan jurucakap Pakatan Harapan dan MUDA dapat membentuk pasukan pembangkang yang konstruktif demi negeri Johor dan rakyatnya.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 26 Sep 2023·
Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

- 24 Feb 2023·
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!