Siapa kata UMNO akan Kembali terajui kerajaan selepas PRU15?

Ada semacam rasa kecewa dan putus harapan dalam kalangan sesetengah pemimpin serta penyokong pembangkang, dan juga rakyat Malaysia. Ia seolah-olah menanti takdir, yakni UMNO yang masih tidak berubah dan tidak pernah bermuhasabah dikatakan akan menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

UMNO yang diterajui Kluster Mahkamah pimpinan Datoโ€™ Seri Najib Razak dan Datoโ€™ Seri Ahmad Zahid Hamidi gigih menyusun langkah mengikut agendanya yang tersendiri.

Kluster Mahkamah ini telah berjaya menetapkan langkah dan agenda mereka sebaik sahaja UMNO-Barisan Nasional kalah dalam PRU14. Ia sepatutnya sedar diri dan cuba berubah menjadi lebih baik, namun dalam pemilihan parti UMNO pada Jun 2018, ia dengan bangganya mengekalkan Zahid sebagai presiden walaupun menghadapi pelbagai tuduhan korupsi di mahkamah.

UMNO kemudiannya bersekongkol dengan PAS pada Oktober 2018 untuk menjadi wira kaum melalui program bantahan besar-besaran menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember 2018. Kedua-dua parti kemudiannya mengikat tali persahabatan mereka melalui Muafakat Nasional pada Oktober 2019.

UMNO dan PAS terus mengapi-apikan isu kaum dengan strategi serampang dua mata untuk memecahbelahkan rakyat – menuduh kerajaan Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP sebagai ancaman kepada Islam, dan menghasut kaum bukan-Melayu bahawa identiti serta cara hidup mereka terancam di bawah pentadbiran kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pendekatan bumi hangus ini berjaya apabila kerajaan Pakatan Harapan akhirnya jatuh pada Februari 2020 melalui rampasan kuasa Sheraton yang didalangi UMMO serta disambut oleh beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang khianat.

Setelah itu, Kluster Mahkamah berkonspirasi pula untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Bersatu pada Ogos 2021 untuk membolehkan Naib Presiden UMNO Datoโ€™ Sri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Keghairahan kluster ini semakin menjadi-jadi apabila mereka berjaya memaksa pilihan raya negeri yang mengejut diadakan di Melaka dan Johor, yang membolehkan BN menang besar kerana peratus keluar mengundi rendah, ketidakpedulian pengundi dan kekecewaan dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan sendiri.

๐— ๐˜‚๐˜€๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—น๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต

Tipu muslihat Kluster Mahkamah memang berkesan. Seperti yang dapat dilihat dalam usaha mereka menjatuhkan Muhyiddin, kekuatan Kluster Mahkamah hanyalah 15 Ahli Parlimen sahaja. Tetapi dengan hanya 7% daripada 222 Ahli Parlimen itu, mereka berjaya melakukan konspirasi politik melalui manipulasi sentimen dan kelemahan-kelemahan saingan mereka, sama ada daripada Pakatan Harapan atau parti-parti bukan-BN.

Kini, peluang Kluster Mahkamah untuk mengelakkan daripada dipenjarakan atas pelbagai tuduhan korupsi semakin cerah. Mereka terus menekan dan memaksa pucuk pimpinan kerajaan untuk mengadakan PRU dalam masa beberapa bulan ini.

Cakap-cakap yang sering didengar ialah PRU mungkin diadakan selepas berakhirnya tempoh memorandum persefahaman (MoU) di antara Ismail Sabri dan Pakatan Harapan, iaitu pada 31 Julai tahun ini. Tempoh rasmi untuk pembubaran Parlimen secara automatik ialah pada 16 Julai 2023.

Yang paling beruntung jika PRU diadakan pada Ogos atau September tahun ini ialah Zahid dan Najib. Zahid sebagai Presiden UMNO berhak menentukan calon-calon UMNO, tiada siapa berani menentang keputusannya.Kedua-dua Najib dan Zahid amat berharap UMNO-BN akan menang besar, dan dengan kembalinya kerajaan BN, mereka mungkin bebas daripada kemungkinan disumbat ke dalam penjara.

Skrip politik mereka jelas dibaca. Namun, masih ramai antara kita yang menari mengikut rentak gendang mereka โ€“ kita masih rasa kecewa, kekosongan dan putus harapan.

Masih ramai yang menyangka tiada siapa mampu menyekat PRU mengejut yang sedang direncanakan oleh Kluster Mahkamah UMNO ini. Ismail Sabri juga dilihat sebagai pemimpin lemah yang hanya mengikut telunjuk pucuk pimpinan partinya.

Ramai juga yang menjangka UMNO akan menang selesa dalam PRU akan datang. Malah ada juga kalangan Pakatan Harapan yang seperti sudah mengaku kalah apabila yakin bahawa UMNO-BN bukan sahaja akan menang PRU15 tetapi juga PRU16.

๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—น๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต

Kepada rakyat Malaysia yang tidak mahu melihat Kluster Mahkamah kembali berkuasa untuk merudumkan negara, ini ada beberapa perkara untuk kita fikirkan bersama.

Pertama, kita tidak perlu tunduk kepada tekanan Kluster Mahkamah untuk mengadakan PRU yang awal semata-mata bagi membolehkan mereka bebas daripada hukuman jenayah. Semua watak-watak utama politik dan pengundi perlu mencari jalan untuk menggagalkan konspirasi Kluster Mahkamah ini.

Kedua, semua watak utama politik perlu mencapai kata sepakat untuk memastikan apa yang dimaksudkan dengan amalan adil dari segi perundangan dan pentadbiran.

Ini bermakna kita perlu menerima hakikat bahawa buat masa ini tiada siapa mempunyai kuasa besar untuk mendominasi yang lain.

Sebagai contoh, saingan utama UMNO dalam kerajaan, iaitu Bersatu, kini memegang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Maksudnya, walaupun Kluster Mahkamah berangan-angan untuk kembali berkuasa seperti pada era pra-2008, UMNO sudah tidak lagi menguasai mekanisme dan jentera kerajaan seperti dahulu. Jadi, pilihan raya yang adil dan bersih kini bukan lagi impian untuk pembangang sahaja tetapi ia sudah menjadi agenda untuk semua parti termasuk Bersatu, PAS, GPS, GRS dan lain-lain.

Maksudnya di sini, politik adalah sesuatu yang sentiasa berubah-ubah. Sama ada kita suka atau tidak, itulah hakikatnya.

Menyedari masalah yang berlaku sebelum ini, kita tidak akan ke mana jika terlalu ghairah menumpukan masa dan tenaga untuk berdebat sama ada Pakatan Harapan perlu bekerjasama dengan Perikatan Nasional bila mana PRU boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Apa yang lebih penting sekarang ialah semua wadah politik yang menentang Kluster Mahkamah, termasuk pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang tidak mahu Najib dan Zahid kembali berkuasa, perlu mencari jalan untuk mewujudkan satu peraturan demokratik yang dapat diterima bersama.

Ini bermaksud tatacara demokratik ini akan dipegang dengan penuh kejujuran oleh semua pihak, tanpa mengira apa-apa perubahan politik, bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil, serta satu proses yang adil dalam menubuhkan kerajaan pada malam keputusan PRU jika tiada parti memiliki majoriti mutlak.

Salah satu caranya ialah menggubal Akta Anti-Lompat Parti tetapi ia boleh tidak terhenti setakat itu sahaja. Ia mesti dipertahankan dengan sistem yang lebih kukuh bagi memastikan demokrasi tidak diketepikan dalam proses pilihan raya dan penubuhan kerajaan.

Semua peraturan ini akan memberi faedah kepada semua termasuk Ismail Sabri yang sudah menjadi โ€˜poster boyโ€™ UMNO walaupun tiada jaminan beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

Semua parti yang menentang Kluster Mahkamah patut berbincang tentang bagaimana mengguna pakai masa yang ada sekarang untuk menetapkan peraturan-peraturan bagi membolehkan pilihan raya bersih dan adil diadakan serta pelantikan kerajaan yang sah. Usaha ini jauh lebih baik daripada berebut kerusi untuk ditandingi dalam PRU15.

Malah, bukan sahaja parti yang perlu membincangan hal ini. Setiap warga Malaysia yang menolak Kluster Mahkamah perlu bercakap tentang perkara ini bagi memastikan satu agenda bersama untuk mengukuhkan demokrasi Malaysia boleh diwujudkan.

Ketiga, siapa kata UMNO akan kembali menerajui kerajaan selepas PRU15?

PRN Melaka dan Johor hanya mengesahkan apa yang kita semua sudah tahu. UMNO-BN mempunyai sokongan tetap sekitar 40% dalam kalangan pengundi. Ia sama dengan sokongan yang mereka perolehi pada PRU 2018 tetapi sudah tiada lagi sambutan hebat yang mereka terima pada dekad-dekad sebelum ini.

Pada PRU14, UMNO hanya menang 47 kerusi Parlimen di Semenanjung dan 7 di Sabah, iaitu 54 kerusi kesemuanya di seluruh negara. MCA pula hanya menang satu kerusi dan MIC dua. Jika kita tumpukan kepada 165 kerusi di Semenanjung sahaja, UMNO-BN hanya mendapat sokongan selesa di sekitar 70 kerusi sahaja.

Pakatan Harapan menang 55 kerusi Parlimen di Semenanjung tiga penggal berturut-turut dari 2008, 2013 hingga 2018, dan bertambah 10 kerusi lagi pada 2013 dan 2018. Kesemua 65 kerusi ini dijangka kekal di tangan pembangkang.

Jika UMNO-BN disekat pada tahap 70 kerusi sahaja di Semenanjung, tentulah ia tidak mampu untuk kembali menjadi abang besar kepada semua parti lain, walaupun ia mungkin merupakan gabungan yang menduduki tempat teratas.

Malah, jika UMNO-BN menang 85 kerusi sekalipin, tiada jaminan parti-parti yang menang di Sabah dan Sarawak mahu bekerjasama dengannya jika menyedari gabungan UMNO-BN terlalu rapuh untuk kekal sebagai kerajaan.

Untuk rekod, BN yang menang 85 kerusi Semenanjung pada PRU 2008 dan 2013 telah berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan dengan sokongan kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak. Pakatan Harapan pula yang menang 80 kerusi Semenanjung pada 2018 dan 2013 telah meningkatkan kejayaannya dengan memenangi 98 kerusi Semenanjung pada 2018, dan berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Parti-parti yang menang di Sabah dan Sarawak tidak akan membabi-buta menyokong Kluster Mahkamah jika tuntutan mereka untuk lebih kuasa autonomi wilayah tidak dipedulikan. BN pula tidak serius dalam soal autonomi tersebut kecuali dalam hal-hal simbolik sahaja.

Kita tidak perlu putus harapan. Selagi semua watak utama politik Malaysia sedar bahawa negara akan terus merudum jika Kluster Mahkamah kembali berkuasa, kita masih ada harapan untuk mewujudkan peraturan demokratik yang lebih adil untuk semua.

Dengan kewujudan mekanisme ini, UMNO di bawah pimpinan Kluster Mahkamah yang masih degil, angkuh dan enggan berubah tidak akan dibenarkan untuk menentukan masa hadapan rakyat dan negara.

Kongsikan artikel ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Artikel Berkaitan

Lima tema untuk Johor bergerak maju

Sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor oleh Pakatan Harapan Johor, saya telah menyuarakan hasrat untuk memimpin barisan Pembangkang yang konstruktif. Ini penting untuk membina kerjasama dwipartisan dalam…
Baca Lagi