




Sebagai langkah persiapan bagi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, Jawatankuasa Persediaan Menghadapi PRU15 DAP telah bertemu dengan Setiausaha Agung, Sdr Anthony Loke hari ini untuk menyelaraskan hala tuju dan gerak kerja kempen pilihan raya kebangsaan.
Pada 12 April yang lalu, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah melantik barisan anggota utama jawatankuasa ini.
Mereka ialah:
Pengerusi: Sdr Liew Chin Tong (Timbalan Setiausaha Agung)
Ahli Jawatankuasa:
- Sdri Teresa Kok (Naib Pengerusi Kebangsaan)
- Sdr Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Timbalan Setiausaha Agung)
- Sdr V. Sivakumar (Timbalan Setiausaha Agung)
- Sdr Steven Sim (Setiausaha Organisasi Kebangsaan)
- Sdri Teo Nie Ching (Setiausaha Publisiti Kebangsaan)
Sdr Anthony Loke telah mengarahkan supaya seluruh jentera parti digerakkan segera dan bersiap sedia menjelang bulan Ogos ini.
Semua jawatankuasa negeri juga diarahkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Persediaan Pilihan Raya bagi negeri masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Persediaan Pilihan Raya Negeri yang juga dikenali dengan jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri akan dilantik menganggotai jawatankuasa kebangsaan.
Dalam mesyuarat ini, Jawatankuasa juga bersetuju untuk melantik Sdri Wong May Ing (Ahli Jawatankuasa Negeri DAP Perak) sebagai setiausaha eksekutif, dan Sdr Khoo Poay Tiong (Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan) sebagai ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk berurusan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Liew Chin Tong, Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan DAP / Pengerusi Jawatankuasa Persediaan Menghadapi PRU15 DAP
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 24 Feb 2023·
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!