Kerajaan Negeri johor patut mengagihkan beras 10kg secara telus dan berkesan

Pada 27 April yang lalu, YAB Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi Johor menyatakan bahawa semua 3.67 juta penduduk di negeri Johor akan menerima bantuan beras 10kg sebelum 31 Mei ini.

Namun, tiada sebarang butir mengenai bagaimana agihan bantuan tersebut akan dibuat, sama ada untuk setiap penduduk atau isi rumah. Ini menyebabkan jutaan rakyat Johor tertanya-tanya tentang bantuan ini.

Kerajaan Negeri Johor sepatutnya melaksanakan Program Bantuan Beras Bangsa Johor di mana setiap ketua isi rumah akan menerima sekampit beras 10kg, secara telus dan berkesan.

Namun, kerajaan negeri menimbulkan masalah sendiri apabila mengecualikan ADUN pembangkang dalam pelaksanaan program ini. Sebaliknya ia melantik penyelaras Barisan Nasional bagi 16 kerusi DUN pembangkang ini untuk menjalankan tugas pengagihan beras. Ini menimbulkan kesulitan dalam agihan.

ADUN-ADUN Pakatan Harapan dan MUDA telahpun dalam kenyataan bersama yang bertarikh 28 April menyeru agar kerajaan negeri Johor melibatkan ADUN-ADUN pembangkang yang dipilih rakyat dalam proses pentadbiran.

Malangnya, permintaan kami tidak dijawab. Kami dengan sukarela mahu membantu rakyat mendapatkan sumbangan beras kerajaan negeri ini tetapi ADUN-ADUN pembangkang dalam kegelapan tanpa maklumat terperinci.

Saya ingin sekali lagi menyeru kerajaan negeri Johor untuk mengamanahkan 16 ADUN pembangkang mengagihkan beras dalam kawasan masing-masing.

Jika kerajaan negeri enggan berbuat demikian, demi rakyat Johor, sekurang-kurangnya umumkanlah maklumat agihan beras termasuk lokasi dan masa pengagihan serta nombor telefon penyelaras BN yang dilantik supaya rakyat dapat menerima beras 10kg daripada kerajaan negeri seawal mungkin, sebelum 31 Mei seperti yang dijanjikan oleh YAB Menteri Besar sendiri.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi