Kumpool

Pengangkutan awam adalah isu yang dekat dengan hati saya. Tentunya saya gembira apabila dapat tahu bahawa perkhidmatan Kumpool telah dilancarkan di Bukit Indah dalam kawasan DUN saya.

Kumpool adalah perkhidmatan bas/van e-hailing. Walaupun tidak sampai hingga ke depan rumah anda, perkhidmatan ini mengambil anda dari banyak hentian yang berhampiran. Dengan adanya 70 hentian di sekitar Bukit Indah, saya pasti ada sekurang-kurangnya satu hentian yang dekat dengan rumah atau pejabat anda.

Saya telah menggunakan perkhidmatan ini bersama ADUN Stulang, Sdr Andrew Chen. Van Kumpool kami tiba di AEON Bukit Indah dalam beberapa minit sahaja selepas kami membuat tempahan melalui app. Cepat sungguh ia sampai.

Kumpool adalah usaha baik yang memudahkan warga Johor Bahru, terutamanya mereka yang mahu menaiki bas ke Singapura. Anda boleh naik Kumpool dari kawasan perumahan ke hentian bas Causeway Link. Tak payah lagi memandu kereta atau menunggang motosikal serta bersesak di jalan raya.

Semoga perkhidmatan Kumpool akan berkembang ke kawasan lain di sekitar Johor Bahru.

Malaysia memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam, dan rakyat Malaysia pasti akan menggunakan pengangkutan awam jika ia benar-benar cekap, pantas dan menepati masa.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi