Projek naik taraf Pasar Awam Perling

Saya telah bertanya dalam Dewan Negeri Johor mengenai status projek naiktaraf Pasar Awam Perling dan tarikh jangkaan siap terbaru.

Kerja naiktaraf Pasar Awam Perling bermula pada April 2021 namun asyik menghadapi kelewatan dalam status siap kerja sehingga menjejaskan penjaja yang terpaksa berniaga di tapak sementara selama ini.

Seperti yang dimaklumkan oleh EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Mohd Jafni Md Shukor, projek naiktaraf ini dijangka siap pada 31 Julai 2022.

Pada masa yang sama, pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam proses permohonan untuk baik pulih meja-meja di Pasar Awam Perling. Sekiranya diluluskan, projek naiktaraf ini akan dilanjutkan sehingga akhir tahun 2022.

Pasar awam adalah nadi utama masyarakat setempat di mana jual beli berlaku dan penduduk saling berkenalan. Saya berharap agar kerja naik taraf di Pasar Awam Perling dapat disiapkan secepat mungkin supaya mewujudkan suasana yang lebih selesa dan selamat bagi penjaja dan pengunjung pasar.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi