
Politik adalah perjuangan untuk memenuhi aspirasi rakyat, bukan percaturan rebut kuasa
- 26 Julai 2022
- Politik

Politik yang sihat seharusnya berdasarkan persaingan idea dan dasar-dasar yang dibangkitkan, bukannya saling menuding jari sambil menjerit nama.
Apakah peranan kerajaan dan ahli politik?
Dasar-dasar pengangkutan, kesihatan, perumahan, kewangan dan harga barang semuanya mempunyai kesan terus terhadap kehidupan rakyat.
Adakah sebuah kerajaan yang berkesan sebuah kerajaan yang menggalakkan setiap rakyat membeli kereta sendiri ataupun yang membangunkan sistem pengangkutan awam yang menyeluruh dan berkesan?
Apakah hala tuju dan dasar ekonomi negara yang bagus? Adakah kerajaan akan biarkan jurang kaya dan miskin semakin melebar? Atau berusaha transformasikan masyarakat dari bentuk segi tiga (puncaknya ialah segelintir golongan kaya manakala yang mendatar di bawah adalah majoriti rakyat berpendapatan rendah) ke bentuk intan (diamond shape), dengan golongan kelas pertengahan yang besar dengan mengurangkan jumlah golongan miskin?
Apakah cara untuk sebuah kerajaan prihatin mengatasi dilema yang bercanggah di mana terdapatnya lebihan bekalan rumah (housing glut) dan situasi di mana ramai warga Malaysia tak mampu beli rumah sendiri? Adakah kerajaan sudi fikir di luar kotak dan cari penyelesaian kreatif, yang mungkin wujud dalam bentuk skim penyewaan rumah?
Politik adalah platform untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan kita harus bersedia untuk menjawab soalan-soalan di atas.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 24 Feb 2023ยท
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

- 2 Jul 2022ยท
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!