

Kerusi parlimen Segamat dimenangi Pakatan Harapan buat julung kalinya dalam PRU 2018. Bagi PRU ke-15 yang akan datang, Segamat kekal sebagai kerusi parlimen yang penting bagi Pakatan Harapan.
Pada tahun 2018, Barisan Nasional hanya berjaya menawan 50 daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia. Analisis dalaman UMNO-BN menunjukkan bahawa mereka yakin untuk menang 70 kerusi parlimen di Semenanjung dalam PRU yang akan datang.
Memenangi 70 kerusi bermakna mustahil untuk UMNO-BN sendiri membentuk kerajaan. Selepas tahun 2018, Sarawak dan Sabah bukan lagi ‘simpanan tetap’ BN.
Menjelang PRU ke-15, semua parti pembangkang termasuk DAP harus tetapkan matlamat yang jelas iaitu untuk menafikan peluang untuk UMNO-BN menang 70 kerusi parlimen di Semenanjung.
Apabila UMNO-BN menang kurang daripada 70 kerusi, tentunya parti politik yang lain akan teragak-agak untuk bekerjasama dengan mereka dan ini akan menafikan peluang untuk UMNO-BN kembali ke tampuk kuasa.
Walaupun telah mengalami kekalahan dan perpecahan selepas PRU 2018, UMNO-BN tetap berangan-angan untuk kembali sebagai parti dominan dan ‘abang besar’ politik Malaysia.
Oleh itu, kita harus meningkatkan usaha untuk menawan semula Segamat bagi Pakatan Harapan dengan matlamat mengurangkan kerusi parlimen yang bakal dimenangi UMNO-BN di Semenanjung Malaysia.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022·
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!