Lembaran Baharu Kerjasama Politik

Pakatan Harapan Johor yang komited serta bersikap terbuka mencadangkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan dalam usaha memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya, terutama dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Pada masa yang sama, Pakatan Harapan Johor menerima keputusan pilihan raya negeri pada bulan Mac lalu yang memberikan Barisan Nasional kekuatan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Negeri. Dengan itu, kami tidak akan mencadangkan apa-apa perubahan dalam komposisi Eksekutif Kerajaan Negeri.

Dengan mengambil kira keputusan PRU ke-15 dan persefahaman yang membolehkan wujudnya Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, Pakatan Harapan Johor dengan rendah diri mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar dan Kerajaan Negeri agar memperkukuhkan kerjasama dwipartisan di antara Kerajaan Negeri dan Pembangkang Dewan Negeri Johor demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Yang Berhormat Ahli Benut dalam ucapan beliau selaku Menteri Besar pada tahun 2020 menggariskan peranan pihak pembangkang sebagai โ€œrakan strategikโ€ Kerajaan Negeri. Saya setuju dengan saranan beliau dan saya harap semangat menerima pihak pembangkang sebagai โ€œrakan strategikโ€ boleh direalisasikan di semua peringkat di Negeri Johor.

Kerjasama di antara Kerajaan Negeri Johor dan pihak Pembangkang boleh dilakukan melalui sistem dan mekanisme demokrasi Dewan Negeri terutamanya dalam Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan di mana penyokong atau backbenchers Kerajaan dan ahli-ahli Pembangkang duduk semeja untuk mencari penyelesaian kepada masalah rakyat.

Adalah diharapkan bahawa kerjasama dan persefahaman ini boleh merealisasikan titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada sidang bulan Jun agar keseimbangan baru diwujudkan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaaan Negeri, dan pemusatan kuasa di pusat dikurangkan.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi