
Pang Sock Tao – Satu daripada Suara Baharu Generasi Keempat DAP

Pemilihan Sdri Pang Sock Tao sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu mewakili Pakatan Harapan-Kerajaan Perpaduan mencerminkan kesungguhan DAP dalam mengetengahkan bakat muda.
Ini merupakan budaya berterusan DAP melalui perancangan jangka panjang dalam usaha melahirkan barisan pelapis parti sepanjang enam dekad lalu.
Salah satu sebab utama tokoh DAP Sdr Lim Kit Siang dihormati adalah kerana keterbukaan beliau dalam mengenal pasti dan memupuk bakat muda. Malah, sewaktu zaman merosot DAP, Sdr Kit Siang tidak pernah goyang dalam perjuangannya. Melalui idealisme dan kegigihan beliau, banyak pemimpin muda muncul setiap dekad, dan ramai yang berjaya dalam kerjaya politik mereka.
Ada empat generasi kepimpinan DAP.
Generasi pertama diketuai Sdr Kit Siang sendiri manakala generasi kedua dipimpin oleh Sdr Lim Guan Eng. Generasi ketiga diterajui Sdr Anthony Loke selaku Setiausaha Agung DAP bersama para pemimpin parti dalam usia sekitar 50 tahun dengan pengalaman sedekad dua dalam perjuangan barisan hadapan.
Kini muncul generasi keempat daripada barisan kepimpinan yang lahir daripada kalangan calon yang dipilih dalam pilihan raya umum 2018 dan 2022.
Tugas memimpin merupakan tanggungjawab besar, dan menyedari hakikat ini, DAP membuka peluang kepada anak muda untuk melatih serta mengembangkan bakat dan kepimpinan mereka.
Justeru, pemilihan Sdri Pang sebagai calon KKB mencerminkan komitmen Sdr Anthony Loke untuk meneruskan tradisi DAP yang sentiasa memberi ruang kepada pemimpin muda.
DAP yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-58 pada Mac lalu tetap mengutamakan wawasan dan prinsip parti, dan menolak jalan singkat untuk semata-mata keuntungan jangka pendek. Melalui kepimpinan Sdr Anthony, DAP terus beriltizam untuk membina barisan pejuang muda serta mewujudkan kepimpinan politik yang stabil sebagai asas mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia bagi tahun-tahun mendatang.
Kongsi artikel ini
Artikel yang berkaitan


- 16 Sep 2025·
Ketidakjaminan Ekonomi Boleh Membawa Kepada Bencana Politik

- 9 Jan 2025·