MENGAPA IRWAN SERIGAR BERKEMPEN UNTUK BN?

Kenyataan media oleh Calon Pakatan Harapan untuk Parlimen Ayer Hitam merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong, di Ayer Hitam pada 27 April 2018

 

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah adalah seorang pegawai tinggi kerajaan. Beliau bukan ahli politik atau pekerja kepada mana-mana ahli politik.

 

Malah, beliau sebagai pegawai tinggi wajib berkecuali dan tidak boleh berkempen untuk mana-mana calon atau parti.

 

Tetapi menurut laporan Bernama hari ini, Irwan Serigar secara terang-terangan berada bersama calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO serta Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

 

Beliau berada bersama calon dan pemimpin UMNO-BN dalam majlis MOF (Kementerian Kewangan) Bersama Rakyat peringkat negeri Melaka di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di Masjid Tanah.

 

Malah, apabila bercakap kepada pemberita, laporan Bernama menyatakan Irwan Serigar mengulangi propaganda BN bahawa GST tidak membebankan rakyat, sebaliknya memberi banyak kesan positif secara menyeluruh.

 

Sikap beliau yang tidak profesional serta berlagak sebagai jurukempen BN bukan sahaja mengecewakan tetapi mencerminkan pentadbiran Najib Razak yang semakin pincang dan tidak boleh dipercayai lagi.

 

Tahun lalu, saya telah melahirkan rasa terkejut apabila Irwan Siregar yang membela mendakwa: “Jika orang itu miskin, saya percaya bahawa mereka yang membuat diri sendiri miskin. Jika mereka ada tangan dan kaki untuk berjalan, mereka boleh hidup di Malaysia.”

 

Dengan angkuhnya, beliau mendakwa tiada alasan rakyat Malaysia menjadi miskin kerana ada banyak peluang untuk mereka hidup senang.

 

Laporan media memetic beliau sebagai berkata: “Jika ada pihak yang berkata ekonomi Malaysia merosot, rakyat miskin, mereka silap. Kita bukan seperti negara terbeban hutang seperti Bangladesh dan kita tidak juga seperti Filipina. Mereka (yang mengatakan Malaysia negara miskin) cuba mengelirukan rakyat.”

 

Saya menyeru para pengundi agar memilih Pakatan Harapan untuk menghentikan salah urus dan kelemahan tadbir kerajaan Najib yang semakin tidak mempedulikan kebajikan rakyat.

 

 

 

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi