

Pilihan Raya Negeri Sabah bukan sahaja akan memberi kesan kepada pengundi Sabah, bahkan ia juga memberi impak di peringkat kebangsaan.
Pilihan Raya Negeri ini telah dipanggil pada 30 Julai selepas cubaan oleh mereka yang mewakili Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga pihak Mantan Ketua Menteri Musa Aman untuk menjatuhkan Kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.
Datuk Seri Shafie Apdal tidak menyertai pasukan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Langkah Sheraton pada bulan Februari. Malah, beliau terus bejuang bersama-sama dengan rakan-rakan yang menentang Kerajaan Tan Sri Muhyiddin.
Pembubaran pada 30 Julai tersebut telah menunjukan kepimpinan tegas Datuk Seri Shafie Apdal. Ia juga telah menyuntik semangat positif kepada penyokong-penyokong Pakatan Harapan Plus. Ahli politik “katak” yang ingin melompat tidak mendapat habuan yang dijanjikan. Lebih daripada itu, mereka mungkin kehilangan kerusi mereka. Ada juga yang tidak akan diletak sebagai calon dan ada yang tidak akan menang.
Sekarang, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya negeri pada 26 September.
Kalau kita dapat menang besar pada 26 September, Tan Sri Muhyiddin akan berfikir dua kali sebelum memanggil pilihan raya umum secara mengejut.
Pada 2008, pihak pembangkang menang 80 kerusi antara 165 kerusi di semenanjung
Pada 2013, Pakatan Rakyat menang 80 kerusi di semenanjung
Pada 2018, Pakatan Harapan menang 98 kerusi di semenanjung
Pada dasarnya, Pakatan Harapan Plus berkemampuan memenangi sekitar 80 kerusi di semenanjung. Dalam keadaan yang paling teruk ataupun “worst case scenario”, saya yakin pihak Pakatan Plus masih boleh kekal di 80 kerusi di semenanjung.
Pada 2018, Warisan, DAP and PKR menang 14 kerusi parlimen di Sabah dan 10 kerusi parlimen di Sarawak
Kalau parti Warisan, DAP dan rakan2 dapat memenangi kerusi dewan negeri yang banyak pada 26 September ini, maknanya kalau pilihan raya umum dipanggil, Sabah boleh menyumbang sebanyak 20 kerusi kepada Pakatan Plus.
Kalau 80 + 20, sudah jadi 100. Ini belum kira lagi kerusi yang Pakatan Plus boleh dapat daripada Sarawak lagi.
Akhirnya, kalau Parlimen dibubar dan keputusan pilihan raya umum adalah parlimen tergantung (“Hung Parliament”) dimana kedua-dua belah pihak akan ada lebih kurang 111, yang rugi adalah Tan Sri Muhyiddin.
Secara logiknya, adalah tidak berbaloi bagi Tan Sri Muhyiddin untuk memanggil pilihan raya dan menang 111 kerusi sahaja. Hanya kalau gabungan politik beliau yakin untuk menang 135 kerusi baru lah berbaloi untuk beliau memanggil pilihan raya mengejut. Kalau tidak, PRU mengejut mungkin hanya akan menguntungkan UMNO. Muhyiddin dan Bersatu pula akan ditelan hidup-hidup oleh UMNO.
Jelas sekali, mesej Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini adalah supaya seluruh rakyat Malaysia untuk memberi pengajaran kepada ahli politik khianat dan mereka yang mengkhianati perjuangan rakyat.
Ternyata, perkembangan politik Sabah akan membentuk halatuju politik negara. Kebangkitan rakyat Sabah pada 26 September akan memberi kesan besar kepada politik kebangsaan.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 24 Feb 2023·
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!