
Hishammuddin patut letak jawatan kerana menjadikan hal ehwal antarabangsa sebagai isu pilihan raya
- 16 September 2020
- Keselamatan, Negara, Politik

Kenyataan Media Senator Liew Chin Tong pada hari Rabu 16 September 2020 di Sandakan, Sabah.
Hishammuddin patut letak jawatan kerana menjadikan hal ehwal antarabangsa sebagai isu pilihan raya
Pada 7 September 2020, Senator Adrian Lasimbang dari DAP telah membangkitkan sebuah usul di Dewan Negara berkenaan tuntutan Filipina ke aras Negeri Sabah, yang mencabar kedaulatan negara kita Malaysia.
Senator-senator daripada Warisan dan Pakatan Harapan mengambil giliran membahaskan usul Dewan Negara itu, untuk menolak sebarang tuntutan ke atas Negeri Sabah.
Saya bangun menyokong Senator Adrian dengan mengemukakan suatu pendirian dwi-partisan bahawa:
1. Adalah penting bagi Malaysia dan Filipina kembali kepada persefahaman asal yang dicapai antara Presiden Fidel Ramos dan Tun Dr Mahathir pada tahun 1993, iaitu supaya Sabah tidak menjadi rebutan antara kedua-dua negara. Pendirian ini dicerminkan dalam undang-undang Republik Filipina sendiri, apabila Presiden Gloria Macapagal Arroyo dan Kongres Filipina meminda undang-undang yang mendefinisi garis-garis sempadan kepulauan Filipina dengan membuang rujukan terhadap Sabah atau Borneo Utara para tahun 2009.
2. Malaysia dan Filipina sedang bersama-sama berdepan cabaran geopolitik di Laut China Selatan, dan justeru seharusnya bekerjasama bagi menghadapi masalah-masalah ini.
3. Adalah tidak sesuai bagi mana-mana pihak di Filipina untuk menggunakan isu Sabah sebagai matawang politik demi mendapatkan populariti tempatan dan mengalihkan tumpuan pengundi darioada isu-isu sebenar yang dihadapi negara di Laut China Selatan.
Timbalan Menteri Luar Dato’ Kamaruddin Jaafar memaklumkan Dewan Negafa bahawa tuntutan yang dibuat di Filipina itu bukanlah keputusan kerajaan Presiden Duterte, tetapi Senator-senator Filipina melalui Jawankhasa Hal Ehwal Antarabangsa Senat mereka.
Kementerian Luar Negeri di bawah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang diwakili timbalannya Kamaruddin Jaafar yang hadir ke Dewan Negara dengan tujuan merendahkan suhu isu terbabit.
Oleh yang demikian saya amat terkejut apabila Hishammuddin telah menyambut isyarat Datuk Seri Najib Razak untuk menyerang Ketua Menteri ‘Caretaker’ Negeri Sabah, Dato’ Sri Shafie Apdal, mendakwa Shafie bersikap lembut terhadap Filipina.
Bekas menteri luar, Dato’ Seri Anifag Aman turut.membuat dakwaan yang serupa terhadap Shafie.
Adalah amat menjijikkan bagi Hishammuddin bertindak oportunis untuk cuba menjadikan ini suatu isu demi menunjukkan dirinya tegas, sedangkan Shafie lembut terhadap Filipina.
Hishammuddin telah membuat tuduhan-tuduhan palsu dan patut meletakkan jawatan kerana menggunakan dasar hal ehwal antarabangsa sebagai bahan kempen pilihan raya.
Kita memerlukan pemimpin yang jujur serta matang,tidak bohong dan memutarbelit kata-kata. Dan adalah lebih bagi Malaysia untuk tidak mempunyai Menteri Luar yang mempergunaka isu antarabangsa, yang sepatutnya menjadi hal ehwal bipartisan, demi faedah politik segera. Tindakan Hishammuddin adalah sangat tidak bertanggungjawab.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 24 Feb 2023·
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!