Pertahanan Bersepadu untuk Sabah

DR 1/2020 RUU PERBEKALAN TAMBAHAN (2019) 2020 – Bahagian 2

Saya juga ambil maklum bahawa Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob telah menjelaskan pelan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan di Sabah. Pelan tersebut akan mengambil kos sebanyak RM14 bilion dalam jangka masa dua atau tiga Rancangan Malaysia, iaitu 10 hingga 15 tahun. Dalam pelan tersebut, dijangkakan unit-unit berikut akan didirikan di Sabah:

  1. Satu Briged Sempadan.
  2. Tiga batalion infantri
  3. Satu rejimen armor
  4. Tiga rejimen artileri
  5. Satu skuadron Pasukan Udara Tentera Darat
  6. Unit-unit tersebut akan ditempatkan sekitar lapan kem baru yang turut akan ditubuhkan.

Walaupun ini merupakan satu usaha yang baik daripada pihak Kerajaan, saya perlu tegaskan di sini bahawa ia terlalu menekankan pembangunan keupayaan peperangan darat ataupun land warfare, dan tidak sama sekali menjawab persoalan keperluan keupayaan di udara dan di laut. 

Kita perlu ingat bahawa negara kita merupakan satu negara maritim yang berakar benua. Jarak pesisiran pantai Sabah Timur dijangka sepanjang 1,700 kilometer. Dan sememangnya, ancaman yang pernah dan masih menghadapi rakyat Malaysia di Sabah datangnya daripada laut. Oleh itu, saya cadangkan kepada kerajaan untuk memikirkan semula pelan pembangunan ini agar kebersepaduan yang lebih tinggi ditekankan antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. 

Ucapan ini telah disampaikan di Dewan Negara pada 21 Sep 2020 (Rujuk Bahagian 1 di sini)

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi