Kesesakan penjara adalah masalah No.1 dalam perang Covid-19

Malaysia mencatatkan jumlah kes Covid-19 harian yang paling tinggi, sebanyak 1,228 kes baharu semalam. Daripada jumlah ini 889 adalah kes-kes di Sabah yang 502 daripadanya adalah di Penjara Kepayan.    

Seramai 2,160 penghuni penjara tersebut telah menjalani ujian Covid-19, dan 1,156 individu telah disahkan positif. Nisbahnya lebih daripada satu daripada setiap dua orang penghuni didapati positif Covid-19. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dilaporkan berkata bahawa Penjara Pusat Kota Kinabalu/Penjara Kepayan menghadapi masalah kesesakan akibat lebihan kapasiti sehingga 81 peratus daripada jumlah yang sepatutnya. 

Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak cekap dalam menjalankan tugas sehingga membiarkan wabak Covid-19 melanda penghuni penjara di seluruh negara. 

Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa banduan juga adalah manusia, dan pegawai penjara juga turut dijangkiti Covid-19. Apa yang sedang berlaku di dalam penjara akan memberi kesan kepada komuniti di luar. Wabak Covid-19 boleh merebak kepada masyarakat di luar kompleks penjara sekiranya penularan di dalam penjara tidak dikawal. 

Saya dan beberapa orang rakan telah membangkitkan Isu kesesakan penjara sejak bulan April lagi. Kerajaan sebenarnya mempunyai masa yang mencukupi untuk menangani isu ini sepanjang setengah tahun yang lalu. Namun malang sekali, tiada sebarang tindakan drastik daripada Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan. 

Saya besetuju dengan pandangan Nur Jazlan bahawa Hamzah Zainuddin lebih suka bermain politik daripada menjalankan tanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul ekoran wabak Covid-19 terhadap agensi-agensi di bawah kawal selia Kementerian Dalam Negeri. 

Kerajaan perlu memberikan perhatian serius terhadap isu kesesakan penjara supaya dapat menyelesaikan masalah penularan wabak Covid-19.

*Kenyataan media pada hari Ahad 25 Oktober 2020 di Kuala Lumpur

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi