Langkah melaksanakan sebarang pilihan raya pada masa ini adalah tidak sensitif

KENYATAAN MEDIA PH JOHOR BERKAITAN ISU PILIHAN RAYA NEGERI 26 Disember 2021

1. Pakatan Harapan Johor berpandangan, langkah melaksanakan sebarang Pilihan Raya pada masa ini sebagai tidak sensitif terhadap realiti yang sedang rakyat lalui.

2. Krisis kesihatan akibat Covid-19 yang memberikan dampak kelembapan ekonomi masih belum selesai. Bahkan kemunculan varian Omicron menambah lagi kebimbangan rakyat.

3. Ramai rakyat biasa yang terkesan. Dari sudut ekonomi domestik, telah ramai yang hilang pekerjaan seterusnya mengubah kehidupan rakyat ibarat kais pagi makan pagi. Tambah mendukacitakan, kegagalan kerajaan menstabilkan harga barangan mutakhir ini juga telah ‘menambah cuka pada luka’ yang dialami rakyat.

4. Pada masa yang sama, negara turut sedang bergelut dengan bencana banjir yang telah mengorbankan puluhan nyawa rakyat biasa serta melibatkan kemusnahan harta benda mencecah jutaan ringgit. Ini suatu sejarah hitam. Lebih malang lagi, saat rakyat berhadapan kesemua malapetaka ini, terdapat sebahagian pemimpin negara yang sedang bercuti keluar negara.

5. Pakatan Harapan Johor berpandangan, kenyataan dikeluarkan Menteri Besar berkaitan kemungkinan perlaksanaan Pilihan Raya di Negeri ini sebagai tidak empati dengan nasib yang sedang dihadapi rakyat.

6. Pakatan Harapan Johor berpendirian, segala usaha, tenaga, komitmen dan dana haruslah disalurkan untuk membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan pada ketika ini, meskipun kedudukan Dewan Negeri berada pada angka 28-27 selepas pemergian ADUN Kempas, Allahyarham Dato’ Osman Sapian.

7. Hal ini kerana, Pakatan Harapan Johor telah sebulat suara menyatakan komitmen sepenuhnya untuk memberikan fokus membela nasib rakyat berbanding sepak terajang politik seputar soal perebutan kuasa semata- mata.

8. Jangan menambah mual rakyat lagi terhadap perangai politikus saat rakyat sedang bergelut bertarung nyawa dan berusaha mencari sesuap nasi demi survival mereka.

TAMAT

YB AMINOLHUDA HASSAN
Ketua Pembangkang Dewan Negeri (DUN) Johor Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor

YB SYED IBRAHIM SYED NOH
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor

LIEW CHIN TONG
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi