

Setiap kali Malaysia berada di persimpangan perubahan, Johor akan mencipta sejarahnya yang tersendiri.
Apabila orang Melayu bangkit menentang Malayan Union pada tahun 1946, di Johorlah UMNO ditubuhkan.
Apabila Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional memerlukan sebuah kubu kuat di Malaya dan Malaysia, Johorlah tapaknya untuk tahun-tahun awal Merdeka hingga pilihan raya umum 2018.
Apabila PAS berpecah akibat perbalahan di antara kumpulan konservatif dan moderat, Johorlah tempatnya di mana Parti Amanah Negara telah ditubuhkan pada tahun 2015.
Apabila pemimpin UMNO dipecat (dan ada yang meletak jawatan) bagi menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Johorlah satu-satunya negeri yang mempunyai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili Bersatu di saat penubuhannya pada tahun 2016.
Dan, yang paling penting, tanpa kerusi-kerusi Parlimen yang dimenangi di Johor, Pakatan Harapan tidak akan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU 2018.
Pada malam 9 Mei 2018, di Johor, Pakatan Harapan memenangi 18 daripada 26 kerusi Parlimen dan 36 daripada 56 kerusi DUN. Daripada 98 kerusi dimenangi Pakatan Harapan di Semenanjung, Johor menyumbang hampir 20% jumlah kerusi.
Kini, Bangsa Johor akan menghadapi pilihan raya mengejut di Johor. Ia tidak akan memberi manfaat kepada rakyat kecuali demi kepentingan pemimpin UMNO Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi, serta wakil-wakil mereka Johor, iaitu Datuk Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed yang merupakan dalang utama mendesak pembubaran DUN.
Namun, pilihan raya negeri Johor bukan sesuatu yang mudah buat UMNO. Kali ini, ia menampilkan beberapa perkara yang tidak pernah ada sebelum ini.
???? ??
Ini adalah pilihan raya pertama melibatkan Undi18 dan pengundi berdaftar secara automatik. Pemilih baharu telah ditambah dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan pada 14 Januari 2022.
Mungkin ada yang tidak tahu tetapi usaha membolehkan anak muda berumur 18 tahun mengundi telah lama diperjuangkan oleh Lim Kit Siang, sejak 1971. Parlimen akhirnya meluluskan pindaan Perlembagaan untuk melaksanakan Undi18 pada 16 Julai 2019 sewaktu era kerajaan Pakatan Harapan.
Dalam pada itu, ada anasir-anasir yang cuba menghalang pelaksanaan Undi18, dan UMNO pula mendesak pembubaran DUN Johor sebelum pemilih baharu dimasukkan ke dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan.
????
Pilihan raya mengejut di Johor bakal menjadi pilihan raya pertama bagi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejak pendaftaran rasminya pada Disember 2021.
Ia akan menjadi medan menguji kebijaksanaan di antara pemimpin MUDA dan Pakatan Harapan mencari pendekatan untuk bekerjasama bagi meningkatkan sokongan sebanyak mungkin.
???????????? ????-???????
Walaupun ia bermula di Melaka akhir tahun lalu, pilihan raya kali ini akan menjadi medan pertempuran hidup-mati bagi Bersatu. UMNO mahu menamatkan riwayat Bersatu, yang merupakan pesaing parti Melayunya di Johor – kubu kuat Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini penting bagi memastikan UMNO tidak perlu bergantung kepada Bersatu dalam PRU akan datang.
Kini, DUN telah dibubarkan. Rakyat tiada pilihan lagi kecuali untuk terus berjuang dan mencipta sejarah melalui PRN Johor. Rakyat boleh menyuarakan sokongan mereka dengan mengundi Pakatan Harapan dan sekutunya.
Biarlah segalanya bermula di Johor. Di Johor, akan bangkit kerjasama baharu yang bertenaga untuk memenangi pilihanraya ini, demi menjadikan negeri dan negara lebih baik, serta kehidupan yang lebih sejahtera buat Bangsa Johor.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 24 Feb 2023·
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!