

AMANAH, DAP & MUDA telah mengadakan rundingan untuk pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor 2022.
Setelah siri-siri mesyuarat dan perbincangan pelbagai hala dilakukan, keputusan rundingan rasmi antara semua parti ini telah sebulat suara dimuktamadkan.
Rundingan rasmi ini telah bersetuju dengan 3 matlamat utama:
i. Memastikan tidak ada pertindihan kerusi antara calon AMANAH, DAP & MUDA di setiap kawasan;
ii. Menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera AMANAH, DAP & MUDA untuk memenangi setiap calon; dan
iii. Bersama-sama menubuhkan Kerajaan Negeri Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka.
Ini bermakna bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor 2022, AMANAH, DAP & MUDA bakal bergerak sebagai rakan strategik pilihan raya – walaupun MUDA tidak menyertai Pakatan Harapan. Ini serasi dengan prinsip “khemah besar” untuk menyatupadukan semua parti politik dan menggembleng tenaga yang bersedia melawan kerajaan BN/PN.
Pimpinan AMANAH, DAP & MUDA percaya bahawa pakatan pilihan yang dijalin menerusi rundingan ini akan membawa suara rakyat Johor dengan cemerlang selaras dengan agenda Johor Bangkit agar PRN Johor adalah untuk masa depan rakyat dan bukanlah perebutan kuasa dan jawatan.
Rundingan antara MUDA dan PKR sedang diteruskan demi kesepaduan menghadapi PRN ini.
Rakyat Johor berhak mendapat kepimpinan yang mahukan Johor Bangkit menjadi sebuah negeri yang maju, beramanah, bermaruah dan berintegriti.
Kesepakatan antara AMANAH, DAP dan MUDA adalah bahawa MUDA akan bertanding di kerusi yang berikut:
1. N.5 Tenang
2. N.7 Bukit Kepong
3. N.22 Parit Raja
4. N.26 Machap
5. N.41 Puteri Wangsa
6. N.50 Bukit Permai
YB Mohamad Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
YB Syed Saddiq
Presiden
Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022·
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!