Tawaran baharu untuk selatan Johor, harapan baharu untuk Perling

Kita perlukan tawaran baharu untuk selatan Johor, harapan baharu buat warga Perling.

Pada 2018, Pakatan Harapan telah diberi mandat oleh rakyat, namun dikhianati oleh sekumpulan ahli politik yang gila kuasa.

Jawapan kepada permasalahan ini bukan dengan mengembalikan Barisan Nasional yang sudah hilang kredibiliti, atau memilih Perikatan Nasional yang cemerkap. Harapan baharu tetap Pakatan Harapan.

Saya diberi amanah untuk bertanding di DUN Perling di kawasan Johor Bahru. Berikut adalah isu yang saya mahu selesaikan untuk kepentingan rakyat, khususnya buat warga Perling dan selatan Johor.

1. Pembukaan semula sempadan Johor-Singapura

Kami menggesa kerajaan persekutuan membuka semula sempadan Johor-Singapura dengan segera dan selamat melalui kaedah “uji dan lepas” tanpa kuarantin. Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) juga perlu diperluaskan bagi motosikal dan kereta persendirian. Ini adalah untuk mengurangkan masalah ekonomi yang dihadapi di selatan Johor.

2. Pekerjaan, gaji, dan ekosistem perniagaan yang lebih baik

Negeri Johor memerlukan pelaburan berkualiti daripada pelabur domestik dan asing. Semua agensi kerajaan perlu cekap dan berkesan dalam usaha menarik pelaburan, teknologi, dan kemahiran yang boleh membawa pekerjaan dan gaji yang lebih baik buat warga Johor.

3. Pengangkutan awam dan perumahan

Saya bertekad untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, kekurangan tempat letak kenderaan di beberapa kawasan di Perling. Sistem pengangkutan awam yang cekap juga diperlukan untuk Johor Bahru yang kian berkembang pesat. Perancangan bandar dan perumahan juga penting untuk diselaraskan.

4. Perancangan bandar, pelan mitigasi banjir, dan alam sekitar

Perling dan seluruh Johor Bahru memerlukan perancangan bandar yang lestari bagi memelihara alam sekitar dan iklim, termasuk pelan mitigasi untuk mencegah dan mengawal banjir, dan mengawasi penambakan tanah dengan lebih cermat. Usaha membangunkan warisan dan dalam bandar akan diteruskan demi mempertahankan warisan budaya kita.

5. Hubungan yang lebih baik antara kerajaan negeri Johor dan Persekutuan

Hubungan negeri-persekutuan perlu lebih adil dengan pemberian kuasa kepada kerajaan negeri Johor dalam sektor kesihatan, pendidikan, dan sebahagian peranan pembangunan ekonomi. Kerajaan persekutuan sepatutnya rela berkongsi cukai pendapatan yang dikutip di negeri Johor dengan kerajaan Johor.

Marilah kita sama-sama berusaha menyelesaikan masalah ini, demi masa depan Perling yang lebih cerah.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi