Sesi bengkel pimpinan parti DAP Parlimen Sepang

Ini adalah intipati perkongsian saya bersama pemimpin DAP Parlimen Sepang pada sesi bengkel pimpinan parti. Turut hadir ialah Setiausaha Agung DAP Sdr Anthony Loke, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Pengerusi DAP Selangor Sdr Gobind Singh dan Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Sdr Wong Kah Woh.

๐Ÿญ. ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น ๐—ธ๐—ฒ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜

Di kebanyakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, bukan mudah bagi sesebuah kerajaan mengekalkan kuasa untuk empat penggal berturut-turut. Dalam konteks ini, walaupun Pakatan Harapan tidak lama usianya sebagai kerajaan persekutuan, kita kekal di tampuk kuasa kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang sejak 2008.

Ini bermakna pilihan raya umum yang akan datang merupakan PRU yang keempat untuk Pakatan Harapan sejak ia mula wujud atas nama Pakatan Rakyat hampir 15 tahun yang lalu. Malah, sejak 2018 Pakatan Harapan turut menguasai kerajaan Negeri Sembilan.

Kita bakal menghadapi PRU15 sebagai sebuah kerajaan yang mahu mengekalkan mandat rakyat buat kali keempat. Ini bukan sesuatu yang mudah. Cabaran kita bukan sahaja suasana politik serta ekonomi yang muram tetapi juga harapan rakyat dan semangat โ€œcan-doโ€ pasukan kita.

Sebagai penyandang tiga penggal, kita perlu sentiasa mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Rakyat perlu melihat Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan yang dipercayai dan diyakini. Kita tidak boleh bersikap sambil lewa apabila memegang amanah rakyat.

๐Ÿฎ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป

Dalam tiga PRU yang lalu, pembangkang dilihat sebagai wira yang berani bersuara melawan hegemoni UMNO-Barisan Nasional yang korup dan kuku besi. Namun, selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan pada tahun 2018, pengundi mempunyai harapan dan tanggapan yang berbeza terhadap kita.

Pengundi, terutamanya pengundi muda dan pengundi atas pagar, kini membandingkan kita dengan gabungan-gabungan parti politik yang lain, termasuk UMNO-BN, berdasarkan keberkesanan pentadbiran kita sebagai kerajaan di peringkat negeri dan pusat.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu di mana negara dilanda krisis pandemik, politik dan ekonomi, ramai kalangan rakyat menjadi lebih kritikal terhadap ahli politik daripada semua parti.

Untuk survival mereka, sesetengah pihak dalam UMNO cuba menjadi juara dengan mainkan sentimen โ€œanti-establishmentโ€ sejak zaman kerajaan Pakatan Harapan, dan mereka meneruskan taktik ini sehingga sekarang walaupun Naib Presiden UMNO sendiri, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri, kini memegang jawatan Perdana Menteri.

Namun, pada hemat saya, PRU15 nanti akan menjadi medan persaingan antara tiga kerajaan (Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional). Kebanyakan pengundi tidak lagi berminat dengan politik suara lantang kerana apa yang rakyat mahu ialah memilih parti atau gabungan parti yang mampu mentadbir negara dengan lebih baik.

Apa yang rakyat mahukan? Majoriti rakyat memerlukan pekerjaan berkualiti dengan gaji yang lebih baik, suasana perniagaan yang baik, makanan mencukupi dengan harga yang berpatutan, pengangkutan awam yang efisien, perumahan yang sesuai, dan selamat daripada banjir, jenayah dan pelbagai bencana. Tuntutan kehidupan ini merentasi kaum dan agama. Inilah agenda bersama rakyat, inilah agenda kebangsaan yang harus kita perjuangkan demi rakyat.

Di sinilah Pakatan Harapan mesti menonjolkan kemampuan, semangat dan prinsipnya untuk mentadbir kerajaan dengan telus, adil dan efektif. Kita harus menjadi wakil rakyat yang memperjuangkan usaha menambah baik kualiti dan taraf hidup semua rakyat Malaysia.

๐Ÿฏ. ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚

Yang saya maksudnya dengan politik baharu ialah kemenangan rakyat yang mencatatkan sejarah pada PRU 2018 apabila menjatuhkan orde lama yang dibina sejak 1957. Sebelum 2018, hegemoni UMNO dan dominasi Perdana Menteri yang sentiasa diwakili Presiden UMNO telah menjadi teras struktur kerajaan. Kini keadaannya sudah berubah.

Sekarang, jawatan Perdana Menteri tidak lagi menjamin kuasa mutlak politik. Kerajaan-kerajaan negeri juga tidak lagi menerima bulat-bulat arahan Putrajaya.

Kini, soal kuasa dan hak negeri semakin penting bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi juga di negeri-negeri di Semenanjung seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Perlu ada usaha serius bagi memperjuangkan agenda memperkasakan kuasa negeri, khususnya dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Secara umumnya, tidak ada lagi mana-mana parti yang boleh menubuhkan kerajaan secara bersendirian. Kini, politik gabungan menjadi faktor yang penting sebelum dan selepas mana-mana PRU.

Konsensus dan kestabilan politik boleh dicapai melalui sistem demokrasi berparlimen. Politik Malaysia tidak harus lagi bergantung kepada budaya tunduk atau takut kepada seseorang โ€œpemimpin besarโ€ kerana sistem dan proses berparlimen membolehkan semua parti dan pemimpin bersaing dari segi idea, dasar dan pelaksanaan untuk kebaikan rakyat dan negara.

Dalam demokrasi berparlimen, parti-parti boleh bersaing dan bekerjasama dalam kerangka Parlimen dan Dewan-dewan Negeri. Semua parti boleh bersaing untuk menawarkan idea dan dasar terbaik kepada rakyat, dan semua parti juga berhak untuk mewujudkan kerjasama dwipartisan demi kepentingan rakyat.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi