๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ

Saya mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung UMNO, bahawa UMNO pusat berharap semua kerajaan negeri yang dikuasai parti tersebut dapat meminda undang-undang tubuh negeri masing-masing bagi membolehkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan wakil rakyat bertukar parti dikuatkuasakan di peringkat negeri.

Ahmad Maslan juga berkata ini adalah berdasarkan keputusan dibuat sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang menyokong rang undang-undang tersebut, dan harus diikuti oleh lima negeri dikuasai UMNO iaitu Johor, Melaka, Perlis, Pahang, dan Perak.

Sejak tahun 1978, Sdr Lim Kit Siang dan DAP telah memperjuangkan undang-undang larangan lompat parti. Hanya selepas pilihan raya 2018 dan selepas UMNO kehilangan 15 orang Ahli Parlimen yang berpaling tadah dan menyertai Bersatu dipimpini Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, bahawa UMNO juga menyokong larangan lompat parti.

Ini membuktikan bahawa Malaysia telah memasuki โ€œorde politik baharuโ€ di mana sebuah parti hegemoni lama seperti UMNO juga memahami keperluan untuk mewujudkan โ€œperaturanโ€ baharu untuk memelihara sistem demokrasi dan mandat rakyat.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, empat negeri iaitu Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan telah menyatakan hasrat untuk meminda secepat mungkin undang-undang tubuh negeri masing-masing.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan di Parlimen pada hari Khamis yang lalu hanya terpakai untuk Ahli Parlimen sahaja. Untuk menguatkuasakan larangan lompat parti di peringkat DUN, undang-undang tubuh negeri masing-masing perlu dipinda.

Mewakili blok Pembangkang di Dewan Negeri Johor, saya menyeru agar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, memberi komitmen penuh bahawa Kerajaan Negeri Johor akan memanggil sidang Dewan Negeri secepat mungkin untuk meluluskan enakmen larangan lompat parti di peringkat negeri dan menjayakan reformasi politik baharu yang telah dicapai sepakat kata oleh semua parti di peringkat Parlimen.

Blok pembangkang sedia menyokong cadangan enakmen pindaan undang-undang tubuh negeri oleh Kerajaan Negeri Johor yang selaras dengan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022. Inilah komitmen blok Pembangkang untuk memperkukuhkan politik matang dan mempertahankan amanah yang diberi rakyat.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi