DAP Johor – Pejabat Di Taman

Terima kasih kepada Setiausaha Agung Sdr Anthony Loke dan Penasihat Sdr Tan Kok Wai kerana bersama kita pada petang ini untuk merasmikan Ibu Pejabat DAP Johor. Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada rakan-rakan saya, arkitek Dr Tan Loke Mun dan arkitek landskap Ng Sek San yang menyempurnakan rekaan ruang ibu pejabat kami. Terima kasih juga kepada Pengarah Projek Ibu Pejabat DAP Johor Sdr Alan Tee Boon Tsong kerana menjayakan projek ini.

Selepas pemilihan parti negeri pada Mei 2021, Jawatankuasa Negeri DAP Johor membuat keputusan untuk menempatkan semula ibu pejabat ke lokasi yang lebih strategik sebagai langkah persiapan memperkukuhkan parti menjelang pilihan raya umum ke-15.

Ibu pejabat baharu ini telah dijadikan pusat kempen bagi pilihan raya negeri Johor pada bulan Mac yang lalu dan akan terus menjadi pusat kempen PRU15 utama DAP bagi negeri Johor. Pelbagai sumber dan kemudahan termasuk studio disediakan di sini untuk menyediakan parti menghadapi PRU. Kerja penyelarasan juga akan dilaksanakan di sini oleh staf kami.

Konsep “pejabat di taman” atau “office in a park” adalah inspirasi bagi Ibu Pejabat DAP Johor. Ibu Pejabat DAP Johor bukan tempat yang eksklusif bagi DAP Johor tetapi juga ruang bagi seluruh komuniti setempat. Kami berharap agar laman terbuka di hadapan bangunan ini akan menjadi kawasan yang sesuai untuk orang ramai berkumpul, beriadah dan menjalankan aktiviti secara beramai-ramai.

Selain daripada pejabat parti, saya berharap tempat ini juga akan menjadi ruang komuniti kepada warga Kulai dan warga Johor Bahru di mana kita bersama-sama meluangkan masa untuk belajar dan tambah nilai diri. Visi saya untuk Ibu Pejabat DAP Johor adalah supaya ianya juga menjadi pusat pembelajaran “learning centre” di mana staf dan pembantu DAP Johor dapat sebuah platform untuk terus meluaskan ilmu pengetahuan dan memperkasakan kemahiran masing-masing.

Sebuah bangunan atau ruang seperti ini boleh mempunyai fungsi yang berlainan. Ini adalah ruang yang dinamik dan saya berharap agar kita menggunakan Ibu Pejabat DAP Johor demi kebaikan semua.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi