
Kekuatan dan Cabaran Transformasi Ekonomi Malaysia

Dalam ucapan di Forum Perniagaan Asia HSBC hari ini, saya telah menyampaikan beberapa perkara penting untuk transformasi ekonomi Malaysia:
๐๐ฒ๐ฑ๐๐ฑ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ด๐ฒ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐ณ๐ถ
Malaysia adalah sebuah negara maritim yang dikelilingi perairan penting di rantau ini, iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan. Sehubungan itu, kita patut mengambil peluang daripada kedudukan geografi ini serta keadaan semula jadi yang stabil seperti tiada gempa bumi atau bencana alam lain, untuk meningkatkan aktiviti ekonomi negara. Malaysia juga penting sebagai penyambung rangkaian untuk negara-negara dalam lingkungan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
๐๐ฎ๐ท๐ถ
Malaysia berpeluang menghasilkan lonjakan ekonomi kedua jika kita mampu melaksanakannya dengan teliti dan baik. Majikan perlu menerima hakikat bahawa pasaran pekerja Malaysia dan Singapura adalah satu pasaran tenaga kerja yang sama. Jika majikan Malaysia berani menawarkan gaji yang lebih tinggi, mereka akan dapat menarik tenaga kerja yang benar-benar mahir dan sesuai, yang tentunya akan memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara kita.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐บ๐ฏ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ฒ๐ธ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ
Masalah hutang Malaysia patut ditangani melalui usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara kita, dan bukannya mengenakan langkah-langkah ikat perut atau mengurangan perbelanjaan kerajaan untuk rakyat. Jika kita mampu mencapai pertumbuhan sekitar 5.5% dan 6% setiap tahun, saiz KDNK Malaysia dapat digandakan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.
Bagi mencapai matlamat-matlamat yang digariskan di atas, kerajaan telahpun menetapkan enam enjin untuk pertumbuhan ekonomi: perindustrian semula, TechUp, transisi hijau, kehidupan selesa, perkhidmatan 2.0 dan pembangunan serantau.
Terima kasih saya ucapkan kepada Datoโ Omar Siddiq, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, yang sudi menjemput saya. Turut hadir dalam forum ini adalah Puan Danielle Heinecke yang bakal ditauliahkan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.
Kongsi artikel ini
Artikel yang berkaitan


- 16 Sep 2025ยท
Ketidakjaminan Ekonomi Boleh Membawa Kepada Bencana Politik

- 9 Jan 2025ยท