
Calon-calon BN perlu henti guna jentera kerajaan bagi kempen politik mereka
- 21 April 2018
- Politik

Kenyataan media oleh Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Ayer Hitam merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong, di Ayer Hitam pada 21 April 2018
Saya terkejut dengan perbuatan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tanpa segan-silu mempergunakan jentera agensi kerajaan, iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagi kegunaan partinya.
Dalam satu majlis anjuran MCA di Yong Peng, Johor malam tadi, JPJ digunakan sebagai “outriders” atau pengiring kepada Liow and pemimpin-pemimpin MCA lain.
Ia bukan majlis Kementerian Pengangkutan atau JPJ atau mana-mana badan kerajaan. Ia terang-terangan kempen politik MCA. Mengapa JPJ terlibat?
Malah, majlis malam tadi merupakan program untuk meraih sokongan kepada saingan saya di Ayer Hitam, iaitu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta pengumuman calon-calon MCA bagi mewakili Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-14 ini.
Kita semua tahu bahawa pada waktu-waktu biasa, jentera kerajaan dilarang digunakan untuk tujuan politik. Apatah lagi jika ia dilakukan sewaktu PRU.
Saya mendesak Liow supaya menjelaskan tentang penggunaan jentera JPJ untuk kepentingan partinya, dan memohon maaf kerana telah menyalahgunakan amanah kerajaan.
Beliau juga perlu berikrar kepada rakyat bahawa beliau tidak akan lagi menyalahgunakan kuasanya.
Dalam mana-mana PRU, Liow dan semua calon yang bertanding adalah sama sahaja status mereka.
LIEW CHIN TONG
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022·
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!