Kertas Putih Pertahanan: Persediaan untuk Cabaran Masa Depan Pertahanan

Ucapan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong di Bengkel Kertas Putih Pertahanan pada 8 Mac 2019

Bengkel ini merupakan yang pertama dalam siri bengkel yang dianjurkan oleh Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) dan Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan. Siri bengkel ini merupakan sebahagian daripada proses rundingan dan pembinaan konsensus bagi memastikan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dihasilkan akan memberi gambaran tepat kepada cabaran dan peluang yang kita sedang hadapi sekarang dan bakal akan hadapi pada10 tahun yang akan datang.

Kali terakhir versi rahsia Dasar Pertahanan Negara (DPN) telah disemak ialah pada tahun 2006; satu versi tanpa klasifikasi telah dikeluarkan pada tahun 2010 untuk kegunaan awam. Sejak itu, keadaan dunia telah berubah dengan begitu pantas sekali. Kemampuan siber telah jauh maju ke hadapan melangkaui jangkaan dan dijangka dapat mengancam kestabilan rantau: China masih membangun dengan pesat, sekaligus membuktikan diri sebagai kuasa besar; kebangkitan ini pula membuka peluang baru untuk mereka bertindak. Malah, kita berada pada penghujung zaman 30 tahun runtuhnya tembok Berlin pada tahu 1989; ketika tempoh sejarah tu, US merupakan kuasa dominan dunia; kini, dunia semakin beralih kepada sistem multipolar. Justeru, amat penting untuk mengkaji semula idea asal yang menjadi asas kepada Dasar Pertahanan Negara, membincangkan idea-idea ini, dan seterusnya merancang masa depan kita dengan rapi.

Dua minggu lalu, YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan jelas menyokong proses Kertas Putih semasa lawatan beliau di Kementerian Pertahanan, seterusnya memberikan kita beberapa panduan penting; khususnya, kita perlu sedar tentang ancaman transnasional yang tidak konvensional, sama ada melalui serangan siber atau keganasan, industri pertahanan negara perlu berkembang supaya negara kita tidak perlu lagi bergantung kepada negara lain dan ejen komisen mereka, dan Kementerian Pertahanan juga perlu mengukuhkan ketelusan perolehan dan kewangan.

Seperti mana yang kita sedia maklum, panduan-panduan ini daripada Tun Mahathir telah memberi gambaran jelas tentang keadaan semasa hubungan antarabangsa, keselamatan dan pertahanan. Pada masa yang sama, KPP akan menggariskan idea-idea ini sebagai satu rangka prinsip dasar pertahanan kita, dan seterusnya memastikan idea-idea tersebut turut dilaksanakan juga. Dalam hal ini, kita berharap agar proses rundingan akan membina konsensus antara kerajaan dan rakyat ke arah kefahaman bersama mengenai pertahanan negara. Perkara ini mengambarkan pendekatan ‘whole-of-society dan whole-of-government’, selaras dengan konsep pertahanan menyeluruh, iaitu HanRuh.

Tambahan pula, proses ini akan mencipta ruang perbincangan antara penjawat awam dan tentera untuk bertanya soalan-soalan yang kritikal tetapi amat penting mengenai masa depan ketententeraan dan pertahanan negara. Hal ini sudah tentu mencerminkan kematangan masyarakat kita sebagai satu demokrasi melalui pembukaan ruang untuk idea untuk berkembang dan bertolak ansur melalui kritikan membina. Oleh itu, atas semangat wacana tersebut, bengkel ini telah dianjurkan untuk mewujudkan perbincangan yang berkualiti berkenaan perkara berikut: trend global & cabaran strategi bagi Malaysia, kerumitan dan risiko ancaman keselamatan bukan tradisional, pendekatan dan strategi pertahanan, Angkatan Tentera masa hadapan, industri pertahanan, sains dan teknologi, rakyat dalam pertahanan dan pelaksanaan.

Jelas sekali, perbincangan bukan sahaja berkenaan perancangan strategi pertahanan dalam keadaan peperangan, tetapi turut mengambil kira perkara lain yang boleh menyumbang kepada kejayaan mempertahankan negara, seperti masa hadapan angkatan tentera dengan perancangan sumber yang berpandangan jauh, kebajikan anggota tentera dan berdikari dalam industri pertahanan. Sama juga dengan kepentingan perbincangan mengenai integriti dan operasi, perolehan, dan kewangan Kementerian Pertahanan. KPP akan memberi kerangka dan maklumat yang berpatutan untuk membolehkan rakyat menilai sendiri sama ada dasar dan pelaksanaan pertahanan negara itu berjalan dengan baik, terutama sekali memandangkan peruntukkan pertahanan merupakan jumlah yang begitu besar.

Saya teringat  akan satu pepatah daripada Presiden AS, Dwight D. Eisenhower: “In preparing for battle, I have always found that plans are useless, but planning is indispensable.” Proses rundingan dalam Kertas Putih Pertahanan sama penting dengan hasil perbincangan akhir yang kita sumbangkan. Tidak dinafikan, akan ada perbezaan pendapat, tetapi kemampuan kita bertanyakan soalan-soalan ini memberi kita peluang yang belum kita gunakan bagi melakukan yang terbaik untuk negara kita.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi