
Melindungi pelarian bererti menjaga keselamatan diri rakyat Malaysia dalam era Covid-19
Kumpulan Penasihat Malaysia Mengenai Myanmar menzahirkan kebimbangan yang mendalam berhubung kenyataan-kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud terhadap pelarian kerana kami percaya ia akan membahayakan nyawa rakyat Malaysia dan membantutkan usaha pemulihan pandemik Covid-19.

