Bulan Mac 2021

Sidang DUN Alternatif Pendekatan Terbaik Perkukuh Demokrasi di Johor ketika Darurat

Sesi libat urus ini dapat memperkukuhkan kerjasama dwipartisan antara kerajaan negeri dan ADUN Johor untuk memastikan sistem demokrasi negeri efektif dalam menyelesaikan isu rakyat ketika darurat. Saya menggesa pentadbiran Datuk Ir. Hasni Mohamad menunjukkan kepimpinan yang terbaik untuk melaksanakan Sidang DUN Alternatif di negeri Johor dalam tempoh terdekat demi memastikan kesejahteraan rakyat Johor terbela pasca krisis pandemik COVID-19.
Read More

Mengimbas Kembali Peristiwa Langkah Sheraton

Sepanjang minggu selepas Langkah Sheraton dari 23 ke 29 Februari, saya terlibat dalam banyak mesyuarat dan pertemuan bersama lingkaran dalaman Anwar, dan setiap daripadanya saya punyai rekod dan nota peribadi. Idea untuk menjemput Anwar untuk membentuk kerajaan tanpa DAP tidak pernah bangkit, kerana tujuan asal utama Langkah Sheraton adalah untuk mengeluarkan Anwar daripada sifir terbabit.
Read More

Politik yang baik pencetus perubahan positif

Kita perlukan sebuah kerajaan mempunyai semangat aktivis, kompeten dan empati di setiap peringkat, yang memberi contoh politik yang baik, sebagai sebahagian dari kerjasama kolektif ke arah perubahan positif. Oleh itu, ahli politik dan Ahli Majlis DAP boleh melakukan perkara yang luar biasa jika kita sentiasa ingat matlamat penyatuan dan melengkapkan diri dengan agenda yang sama demi kepentingan rakyat Malaysia.
Read More

Geng Ustaz lawan Geng Publika

Ada dua pendirian penting muncul daripada PAS hujung minggu lalu tetapi entah mengapa belum ada yang menaggapi kepentingannya setakat ini. Pertama, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendedahkan bahawa Langkah Sheraton telah dirangka sebaik sahaja selesai PRU14. Beliau secara asasnya memberitahu dunia bahawa PAS telah…

Read More

Gerak gempa pasca 4 Mac

Apa yang akan dilakukan Bersatu? Parti kerajaan ini ada kuasa dan wang, tetapi ia tidak disukai pengundi. Bahayanya ialah parti ini akan menggunakan apa sahaja upaya yang ada untuk terus memerintah. Umno mungkin perlu menjangkakan bahawa partinya akan diharamkan. Lebih ramai wakil rakyat akan dibeli. Darurat akan dilanjutkan lebih lama lagi. Lebih ramai pemimpin pembangkang akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan yang entah apa-apa.
Read More