
Percaturan Sabah Bawa Padah Buat Muhyiddin
Kalau lah tempoh khidmat Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal berakhir tidak lama lagi, siapakah yang perlu disalahkan? Sebahagiannya salah Datuk Seri Hamzah Zainuddin, manakala sebahagian lagi adalah salah Muhyiddin sendiri kerana memberi kepercayaan kepada Hamzah sebagai ketua operator politiknya.








