Politik

Malaysia akan lebih cemerlang sekiranya institusi negara beradaptasi terhadap kebiasaan baharu diuruskan kerajaan campuran yang dibentuk oleh parti-parti politik dengan kekuatan yang sekata. Tidak akan ada satu parti tunggal yang mendominasi pada masa akan datang, dan ini akan membantu memposisi negara memperolehi kerajaan yang stabil dan gabungan politik yang layak menerima sokongan pengundi.

Rencana Terkini

Politik yang baik pencetus perubahan positif

Kita perlukan sebuah kerajaan mempunyai semangat aktivis, kompeten dan empati di setiap peringkat, yang memberi contoh politik yang baik, sebagai sebahagian dari kerjasama kolektif ke arah perubahan positif. Oleh itu, ahli politik dan Ahli Majlis DAP boleh melakukan perkara yang luar biasa jika kita sentiasa ingat matlamat penyatuan dan melengkapkan diri dengan agenda yang sama demi kepentingan rakyat Malaysia.
Baca Lagi

Geng Ustaz lawan Geng Publika

Ada dua pendirian penting muncul daripada PAS hujung minggu lalu tetapi entah mengapa belum ada yang menaggapi kepentingannya setakat ini. Pertama, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendedahkan bahawa Langkah…
Baca Lagi

Gerak gempa pasca 4 Mac

Apa yang akan dilakukan Bersatu? Parti kerajaan ini ada kuasa dan wang, tetapi ia tidak disukai pengundi. Bahayanya ialah parti ini akan menggunakan apa sahaja upaya yang ada untuk terus memerintah. Umno mungkin perlu menjangkakan bahawa partinya akan diharamkan. Lebih ramai wakil rakyat akan dibeli. Darurat akan dilanjutkan lebih lama lagi. Lebih ramai pemimpin pembangkang akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan yang entah apa-apa.
Baca Lagi

Setahun Rampasan Kuasa Sheraton – Mengapa Saya Kekal Optimis

Rampasan kuasa Sheraton merupakan langkah yang melangkaui kemampuan bagi mereka yang termakan dengan idea hanya kerajaan bersifat Melayu adalah baik untuk orang Melayu. Tempoh setahun lepas jelas membuktikan bahawa, hanya kerana kerajaan itu bersifat Melayu tidak bermakna ia memberi manfaat kepada orang Melayu, apatah lagi untuk seluruh rakyat Malaysia.
Baca Lagi

Lantik Khairy sebagai Menteri Kesihatan

Saya telah ‘tweet’ pada minggu lepas - jika kita hendak lantik seseorang yang bukan daripada kalangan ahli politik sebagai Menteri Kesihatan, mungkin Penasihat Kesihatan Perdana Menteri Tan Sri Jemilah Mahmood boleh menjadi pilihan yang baik. Sekiranya ia memerlukan lantikan politik daripada UMNO, demi mengelakkan masalah politik, sekurang-kurangnya Khairy nampak jauh lebih berkebolehan daripada Adham Baba.
Baca Lagi

Kelemahan pengurusan politik cetus peningkatan penularan Covid-19 di Malaysia

Penampilan pertama Menteri Kesihatan baharu, Dato' Sri Dr. Adham Baba, di kaca televisyen pada 19 Mac merupakan suatu ‘malapetaka’ perhubungan awam bagi kerajaan baharu ini. Beliau menasihati orang awam supaya minum air suam untuk ‘menyingkirkan’ virus ke dalam perut. Seorang doktor, yang pernah mengendali sebilangan klinik swasta di pekan-pekan kecil, menerima kecaman netizen di media sosial sehingga penasihat media Perdana Menteri mengarahkan beliau untuk tidak tampil di khalayak awam lagi.
Baca Lagi

Antara dua Darurat: Demokrasi tersandera 2021, tidak seperti masalah 1969

Dalam keadaan darurat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya kini mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tanpa persetujuan parlimen. Ini pada dasarnya bermaksud jodoh Malaysia dengan demokrasi (sebenar) - yang hanya bermula selepas PRU Mei 2018 yang menjatuhkan satu-satunya kerajaan sejak Merdeka pada tahun 1957 - kini tersandera sepenuhnya. Jadi seterusnya apa?
Baca Lagi

‘Three Kingdoms’ versi Malaysia

Sekarang, kita berhadapan senario ‘San Guo’ di mana Gabungan Pembangkang harus mula memikirkan tentang blok 65 kerusinya di Semenanjung. Ia mesti merangka strategi untuk menjadi blok terbesar dalam pilihan raya tiga penjuru.
Baca Lagi