
Perkukuh Pakatan Harapan, Perkuat Demokrasi
Saya ingin melihat penjawat awam, anggota masyarakat dan semua pihak sama-sama berkongsi keyakinan bahawa kerajaan Pakatan Harapan ini akan kekal lama.

Saya ingin melihat penjawat awam, anggota masyarakat dan semua pihak sama-sama berkongsi keyakinan bahawa kerajaan Pakatan Harapan ini akan kekal lama.

Calon Barisan Nasional, Wee Jeck Seng mula berkhidmat di kawasan Parlimen Tanjung Piai sejak 1990’an sebagai pembantu bekas presiden MCA, Ong Ka Ting. Sudah lebih 20 tahun beliau berada di sini, pun begitu semakin ramai penduduk tempatan meninggalkan Tanjung Piai untuk mencari rezeki dan kehidupan…

Sebenarnya ada kaitan langsung di antara pertarungan di Tanjung Piai dan keadaan politik kebangsaan hari ini. Pakatan Harapan perlu menyakinkan rakyat di seluruh negara bahawa gabungan politik kita adalah satu bentuk kerjasama yang akan menyumbang kepada kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran negara tercinta kita.

Supaya Malaysia berjaya di persada antarabangsa, kita memerlukan rakyat Malaysia yang berfikir secara Malaysia; agar mereka dapat berada di barisan hadapan dalam usaha membentuk negara ini ke arah yang lebih baik.

Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai akan menjadi suatu medan pertempuran yang sukar buat Pakatan Harapan. Namun pilihannya ialah antara sebuah Malaysia yang lebih baik, atau politik berasaskan kebencian. Kita semua mesti membuat keputusan yang berani, demi seluruh rakyat Malaysia.

Ucapan takziah saya buat keluarga Sdr Ahmad Ton atas pemergian beliau. Bagi pihak DAP, saya mengucapkan terima kasih terhadap kesetiaan, khidmat bakti dan pengorbanan beliau selama ini.

‘M for Malaysia’ mengingatkan saya tentang kesukaran yang telah kita lalui untuk menekan butang ‘reset’ ini. Marilah kita sama-sama menghargai permulaan baharu ini dan melakukan yang terbaik, demi seluruh rakyat Malaysia.

Saya menyeru anggota-anggota DAP untuk terus memperkukuhkan Pakatan Harapan. Cakap-cakap untuk meminta DAP keluar dari Pakatan hanya akan menjahanamkan segala hasil demokrasi yang telah dikecapi pada 9 Mei 2018, serta membuka ruang kepada Umno dan PAS untuk kembali memerintah.

Kita harus dengan tulus hati mengiktiraf bahawa rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak persaman berbanding perbezaan. Majoriti rakyat Malaysia, meski datang daripada latar budaya yang berbeza, berkongsi aspirasi yang serupa.

Untuk melangkah maju sebagai sebuah negara yang bersatu padu, kita harus meraikan kebolehan bercakap pelbagai bahasa, yang menjadi warisan kita bersama.